Kereta digilis lori dalam nahas tujuh kenderaan, wanita maut

Kereta digilis lori dalam nahas tujuh kenderaan, wanita maut

KOTA KINABALU – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya digilis lori dalam kejadian melibatkan tujuh buah kenderaan di jalan bertingkat Lido di Jalan Lintas petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa dikenali sebagai Nicolette Hannah George, 26, yang memandu kereta Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan tujuh kenderaan.

“Kenderaan yang terbabit ialah dua lori serta lima kenderaan jenis Perodua Bezza, Myvi, Toyota Vios, Proton Saga dan Iriz.

“Kemalangan dipercayai apabila lori melanggar sebuah kenderaan di hadapannya. Situasi itu mengakibatkan kenderaan paling belakang tersepit di bawah lori.

“Ekoran kejadian itu, pemandu kereta Perodua Bezza tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya.



Mengulas lanjut, Mohd. Zaidi menyatakan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

Menurut beliau kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, bomba menggunakan peralatan khas dengan dibantu penarik kereta bagi memudahkan urusan mengeluarkan mangsa.

“Pasukan bomba mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan akhirnya berjaya dikeluarkan,” katanya. K Online



Kereta digilis lori dalam nahas tujuh kenderaan, wanita maut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Abang Tesla – Biodata, Profil dan Latar Belakang



Back up Abang Tesla, Caprice kena lepuk dengan isteri

Fyna Jebat komen hubungan dengan Zainal Abidin



Abang Tesla kahwin dua, aku pula yang kena bebel (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker