Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2022 dibuka sekarang

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2022 dibuka sekarang

Permohonan untuk Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2022 bagi pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (PhD), dibuka mulai hari ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan, permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my.

“Sebanyak 12 biasiswa ditawarkan, iaitu enam untuk pengajian peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan enam lagi pengajian peringkat PhD di dalam dan luar negara.

“Bidang pengajian bawah penajaan BYDPA ialah Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.

“Borang permohonan lengkap berserta dokumen sokongan yang diperlukan, perlu diterima JPA sebelum atau pada 22 Februari depan secara serahan tangan atau pos,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Syarat ditetapkan ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia, berumur tidak lebih 35 tahun pada 1 Januari 2022, serta memiliki keputusan akademik amat cemerlang pada peringkat pengajian terdahulu.

Bagi biasiswa program peringkat sarjana, pemohon perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda diiktiraf kerajaan dengan memperoleh sekurang-kurang Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.75 atau setaraf dengannya.

Bagi program PhD pula, calon disyaratkan mempunyai ijazah sarjana muda dan sarjana yang diiktiraf kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf.

Selain itu, calon harus mendapat tawaran tanpa syarat bagi pengajian secara sepenuh masa pada tahun penawaran di institusi pengajian tinggi (IPT) yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.

Biasiswa berkenaan juga boleh dimohon oleh pelajar yang sudah memulakan pengajian sepenuh masa pada tahun penawaran di IPT yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian.

Menurut kenyataan itu lagi, pengajian bagi peringkat sarjana adalah secara mod penyelidikan saja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.

Syarat permohonan lain ialah calon mestilah terbabit dalam penghasilan kerja kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya.

Pembabitan secara aktif adalah kelebihan kepada calon sarjana, manakala bagi PhD pula adalah wajib.

Katanya, calon yang memenuhi syarat permohonan akan disaring lanjut oleh pihak JPA sebelum disenarai pendek untuk menghadiri temu duga.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my atau menghubungi talian 03- 8885 3879 / 3569 / 3438/ 3371/ 3571 pada setiap hari bekerja mulai jam 9 pagi hingga 5 petang, atau e-mel kepada [email protected].

Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2022 dibuka sekarang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker