Neelofa menghitung hari nak bersalin
Neelofa menghitung hari nak bersalin
Pelakon dan pengacara Neelofa memohon doa orang ramai agar dipermudahkan proses bersalin yang dijangka tidak lama lagi.
Neelofa, 33, mengakui berasa gementar untuk melalui proses itu selain akan berkongsi khabar gembira itu nanti.
“Insya-Allah untuk kelahiran nanti saya akan kongsi. Dalam masa terdekat. Orang kata menghitung hari. Sudah dekat dan bila-bila masa saja.
“Diakui nak melalui proses ini memang gementar. Dari segi persiapan kena belajar banyak perkara. Banyak baca buku, bertanya pada orang. Barangan ‘baby’ alhamdulullah dah siap,” katanya kepada Harian Metro.
Neelofa ditemui pada Majlis Pelancaran Perisa Baharu Susu Nilofa di sini, sebentar tadi.
Dalam masa sama, Neelofa juga berharap diberikan rezeki bersalin secara normal.
“Insya-Allah kalau diberikan rezeki memang nak bersalin normal.
“Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan diberikan pada saya selama ini. Tidak kira dalam kerjaya atau perniagaan tanpa jemu. Terima kasih mendoakan saya dan suami.
“Terima kasih juga yang mendoakan kelahiran saya. Minta doakan semoga segalanya dipermudahkan,” katanya.
Neelofa dan suami, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz berkahwin pada 27 Mac tahun lalu. HM
Neelofa menghitung hari nak bersalin
Baca Artikel Menarik :
- Jihan Musa didakwa salah guna kuasa
- Cop Parkir, Macam Bapak Dia Punya (Video)
- Lengkap vaksin kini syarat wajib berkahwin
- Susu Badan Ibu Ini Bertukar Hijau Selepas Dijangkiti Covid-19
- Naim Daniel Jual Jiwa Kepada Syaitan?
- PLUS Koyak! Tutup ruang komen setelah dihujani ribuan kecaman
- Shuib akhirnya luah isi hatinya
- Nik Abduh beri teguran, pengguguran Khairuddin perlu penjelasan
- Dakwaan cabul srikandi parti, ADUN Bersatu kata konspirasi
- Dollah Salleh Terlibat Dalam Kemalangan
- Bila saya kata tidak akan sentuh wanita – Zul Ariffin
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.