Abang Azeez bebas dari tuduhan bersubahat dalam kes rasuah



Abang Azeez bebas dari tuduhan bersubahat dalam kes rasuah

Abang Ahli Parlimen Baling, Abdul Latif Abdul Rahim, hari ini berjaya mendapatkan pembebasan penuh daripada mahkamah atas tuduhan bersubahat dengan bekas pengerusi Tabung Haji itu untuk menerima rasuah yang dikaitkan dengan projek lebuh raya di Perak dan Kedah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini membenarkan permohonan semakan ahli perniagaan terbabit bagi menggantikan keputusan membebas tanpa melepaskan (DNAA) daripada dua pertuduhan bersubahat rasuah.

Pada 8 Feb tahun lalu pihak pendakwaan berjaya dalam permohonannya agar Abdul Latif diberikan DNAA sebagai balasan untuk kerelaannya memberi keterangan dalam perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap adiknya, Abdul Azeez Abdul Rahim.

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.




Menurut undang-undang jenayah di Malaysia, tertuduh yang diberikan DNAA secara teorinya boleh didakwa sekali lagi atas kesalahan sama, manakala pembebasan penuh akan menghalang pihak pendakwaan daripada menghadapkannya semula ke mahkamah untuk jenayah sama.

Semasa prosiding petang ini, hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan bahawa permohonan semakan itu mempunyai merit.

Dia memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal memberikan alasan kukuh mengapa mahkamah rendah harus memberikan DNAA dan bukannya pembebasan penuh.

“Tiada merit dalam kes oleh responden (pendakwaan). Trend kes menunjukkan bahawa melainkan alasan yang kukuh ditunjukkan, perintah itu sepatutnya dilepaskan dan dibebaskan,” kata Sequerah.

Hadapi 3 pertuduhan rasuah




Menurut hakim alasan diberikan pihak pendakwaan untuk DNAA dalam kes itu – iaitu Abdul Latif akan memberi keterangan terhadap Abdul Azeez – sebaliknya akan membuka kemungkinan dia diugut untuk memberi keterangan yang baik bagi pihak pendakwaan.

Sequerah berkata ini kerana sebarang keterangan oleh Abdul Latif terhadap adiknya selepas ini boleh dipertikaikan dan dianggap sebagai tercemar.

“Alasan pihak pendakwaan – bahawa perkembangan dalam keterangan boleh menyebabkan penyambungan semula kes terhadap pemohon (Latif) – bukanlah alasan yang baik untuk DNAA.

“Ini sama dengan menyerahkan pemohon ke masa depan yang tidak pasti dan tidak dapat ditentukan,” katanya.

Peguam bela Jahaberdeen Mohamed Yunoos mewakili Abdul Latif.Timbalan pendakwa raya Nik Haslinie Hashim dan Hafizatul Ifa Ab Razak pula hadir bagi pihak pendakwaan yang menjadi responden dalam kes hari ini.




Sementara itu, perbicaraan kes Abdul Azeez di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kini ditangguhkan sementara menunggu rayuan Ahli Parlimen Baling itu di Mahkamah Rayuan.

Ia dibuat bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mac tahun lalu yang menolak permohonan Azeez untuk membatalkan tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram terhadapnya.

Azeez, 54, menghadapi tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur, pada 8 Dis 2010, dan di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong di Selangor pada 13 Jun 2017, dan 10 April 2018.

Dia didakwa melakukan kesalahan pengubahan wang haram di Lembah Klang, antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018.




Sebelum ini Abdul Latif, 63, dituduh bersubahat dengan Azeez untuk mendapatkan rasuah RM4 juta daripada Mohammad Redzuan Mohanan Abdullah sebagai habuan membantu syarikaty Menuju Asas Sdn Bhd mendapatkan projek jalan raya melalui tender terhad daripada Kementerian Kerja Raya.

Projek itu melibatkan Projek Lebuhraya Pantai Baru, kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Lekir di Perak) bernilai RM644,480,000.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan bersubahat di Affin Bank, Pusat Bandar Puchong di Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Abang Azeez bebas dari tuduhan bersubahat dalam kes rasuah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib



Leave a Reply

Your email address will not be published.