Tak Masuk Akal! Fizo Omar Jawab Tuduhan Mawar Karim Abaikan Anak Ketika Bercuti

Tak Masuk Akal! Fizo Omar Jawab Tuduhan Mawar Karim Abaikan Anak Ketika Bercuti

TaK masuk akal! Itu jawapan Fizo Omar atas dakwaan bekas isterinya, Mawar Karim bahawa dia tidak memberi perhatian terhadap anak mereka Wan Maryam ketika bercuti di Johor, Ahad lalu.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, berkata, sebagai bapa yang jarang berjumpa anak, dia pastinya memanfaatkan waktu yang ada bersama anaknya itu sebaik mungkin.

“Logik ke saya buat begitu? Semua tahu bagaimana rapatnya hubungan saya dengan anak.

“Bukan setiap hari dapat jumpa anak, jadi jika dapat bersama saya akan hargai setiap masa yang ada.

“Dia seorang sahaja anak saya, saya bercuti pun untuk dia,” jelas Fizo kepada mStar.

Bekas isteri Fizo, Mawar Kaarim bimbang apabila anak mereka mengadu sedih

Pada Isnin, Mawar berkongsi satu hantaran di Instagramstory luahan sedih anaknya.

Menurut Mawar, ada individu menghantar gambar Maryam keseorangan ketika bercuti bersama Fizo sekeluarga di sebuah taman tema di Johor.

Sementara itu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga menegaskan hubungan Maryam dengan isterinya, Fazeera Nazri sangat baik

Dia berharap orang ramai tidak terlalu cepat menilai hanya kerana sekeping gambar atau sebarang dakwaan yang belum tentu sahihnya.

“Maryam rapat dengan isteri saya, sekali lagi saya katakan tak logik jika dia diabaikan.

“Rasanya tidak perlulah saya membalas sebarang kenyataan tidak benar hanya kerana sekeping gambar. Orang tidak tahu hal sebenar secara tiba-tiba nak serang saya.

“Sebagai bapa saya menjalankan tugas dengan baik. Saya juga yakin jika saya tidak bertanggungjawab, Maryam tidak akan rapat dengan saya,” tambahnya lagi.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 namun bercerai pada 2019.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Fizo berkahwin kali kedua dengan Fazeera pada Oktober 2021-mSTAR

Tak Masuk Akal! Fizo Omar Jawab Tuduhan Mawar Karim Abaikan Anak Ketika Bercuti

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker