Pengeluaran KWSP: Tengku Zafrul jangan kelirukan rakyat

SHAH ALAM – Pemuda UMNO menasihatkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya jangan mengelirukan rakyat berhubung penjelasan isu pengeluaran khas i-Citra 2.0.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rakyat pada hakikatnya sedang terdesak dan tidak berminat dengan alasan teknikal dasar monetari negara.

Ujar beliau, ia kerana mereka tahu bahawa Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 1991 sendiri membenarkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP apabila pencarum berdepan dengan krisis kehidupan seperti hari ini.

“Saya harap Zafrul janganlah mengelirukan rakyat. Sebagai contohnya, walaupun anggaran pengeluaran wajib pencarum mencecah RM34 bilion setahun, tetapi caruman wajib yang diterima oleh KWSP pada tahun ini (2022) juga dianggarkan mencecah RM70 bilion (mengambil kira unjuran data daripada Zafrul sendiri)

“Maka masih wujud lebihan tunai sebanyak RM36 bilion. Jadi apa masalahnya jika tuntutan i-Citra 2.0 ini dipenuhi memandangkan anggaran jumlahnya cuma sekitar RM25 bilion hingga RM30 bilion sahaja?” soalnya dalam siaran di Facebooknya pada Selasa.

Pada Isnin, Tengku Zafrul melalui siaran video di Facebook rasmi miliknya tampil menjelaskan implikasi pengeluaran khas i-Citra 2.0 terhadap Keluarga Malaysia, perniagaan dan ekonomi negara.

KWSP i-Citra satu keperluan kecemasan – Asyraf

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, ia tidak melibatkan apa-apa kecairan di pasaran modal atau memerlukan KWSP menjual aset di luar negara.

“Begitu juga alasan Zafrul bagi menolak cadangan melaksanakan ‘unconventional monetary policy’ (dasar monetari bukan konvensional).

“Walhal idea ini telah diaplikasikan oleh banyak negara dan terbukti dapat memperbaiki ekonomi negara-negara Eropah ketika krisis kewangan 2009,” ujarnya.

Menurutnya, pelbagai solusi, cadangan penyelesaian serta alternatif yang pihaknya telah diberikan untuk mengembalikan dana yang dikeluarkan.

Tambahnya, sesi debat antara beliau dan Tengku Zafrul juga boleh diadakan demi memberi keadilan kepada rakyat mengenai perkara berkenaan.

“Tetapi kehendak dan keperluan rakyat mesti diutamakan. Janganlah mengeluh kononnya KWSP perlu menjual saham sedangkan rakyat sudah pun menggadai pelbagai tanggungan demi meneruskan kehidupan,” tegasnya.

Pengeluaran KWSP: Tengku Zafrul jangan kelirukan rakyat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


KWSP catat pendapatan pelaburan kasar RM48.02 bilion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker