Dakwaan cabul srikandi parti, ADUN Bersatu kata konspirasi
Adun Sedili Rasman Ithnain menafikan dakwaan dia melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.
Mengulas laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam, Rasman menyifatkan dakwaan itu sebagai konspirasi politik untuk menjejaskan reputasinya.
Dia berkata laporan itu dibuat oleh ahli jawatankuasa Srikandi Bersatu Kota Tinggi.
“Saya dengan ini menafikan dengan sekeras-kerasnya tuduhan dalam laporan itu. Ini adalah satu konspirasi politik, fitnah dan satu cubaan untuk menjatuhkan maruah serta mencalarkan reputasi saya selaku seorang wakil rakyat,” katanya dalam kenyataan, seperti dipetik Berita Harian.
Rasman menang PRU14 ketika bersama Umno tetapi telah menyertai Bersatu.
Dia berkata akan memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan dan telah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya, terhadap individu yang menurutnya cuba mencemarkan imejnya.
“Semoga kebenaran akan dirungkai akhirnya serta perjuangan saya ini dimudahkan dan diredai oleh Allah,” katanya lagi.
Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora mengesahkan menerima laporan berkenaan perkara itu dan berkata siasatan sedang dijalankan.
Dakwaan cabul srikandi parti, ADUN Bersatu kata konspirasi
Baca Artikel Menarik:
- Normala Samsudin tidak peduli ibu di kampung?
- Aksi ranjang Jasmine Suraya, PU Syed buat teguran
- Lembu terputus kepala dibaham harimau
- Bekas juara renang para jual beg tisu di Bukit Bintang
- Nak beraya, ambil dos penggalak
- Scha Alyahya nak pulun habis
- Dahulu takut, kini Erra jatuh cinta
- Penghijrahan ke Malaysia sesuatu yang cukup bermakna – Zakir Naik
- Senarai peserta pentas akhir Gegar Vaganza 8
- Ada nak lamar Rohana
- Penggal kepala ibu, suspek pernah dipenjara ugut ibu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
ADUN nafi lakukan gangguan seksual, anggap ia serangan politik
You must be logged in to post a comment.