Peralihan ke endemik diputus minggu depan – Hishammuddin

Peralihan ke endemik diputus minggu depan – Hishammuddin

Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Luar Negeri (MOFA) dan beberapa pihak berkaitan akan menyampaikan taklimat dalam mesyuarat kuartet Covid-19 minggu depan sebelum sebarang ketetapan mengenai pengisytiharan “peralihan ke fasa endemik” diputuskan.

Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein berkata, taklimat itu melibatkan laporan situasi semasa banjir dan jangkitan varian Omicron daripada pihak berkenaan yang ditangguhkan sebelum ini.



“Kita tangguh (sebelum ini) sebab saya nak terima laporan kesan banjir, varian Omicron Covid-19 dan pengembara yang kembali ke tanah air, khususnya dari Arab Saudi terlebih dahulu.

“Pada Mesyuarat kuartet minggu depan saya akan menerima taklimat daripada KKM, MOFA dan pihak-pihak lain untuk kita bentang pada jawatankuasa khas yang dipengerusikan Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) sebelum keputusan tarikh sebenar kita beralih ke fasa endemik ditetapkan,” katanya dalam sidang media selepas majlis amanat kementeriannya hari ini.

Katanya, keputusan berhubung peralihan ke fasa endemik tidak akan dilakukan secara semberono dan penangguhan fasa itu melibatkan tempoh dua hingga tiga minggu dari tarikh asal, iaitu minggu pertama Januari.

Sebelum ini, Hishammuddin dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan untuk menangguh sementara pengumuman fasa itu berikutan peningkatan penularan kes varian Omicron Covid-19 dalam negara.



PRN Johor

Sementara itu, berhubung kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) Johor diadakan dalam situasi pandemik yang masih melanda negara, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, pandangan KKM perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan berkaitan PRN dibuat.

Selain itu katany,a PRN di Sabah, Melaka dan Sarawak perlu dijadikan sandaran dan iktibar agar PRN Johor berjalan dengan selamat, sekiranya ia benar-benar diadakan.

“Bukan untuk saya tentukan. Apabila ia diputuskan nanti, tugas kita di kuartet sebagai menteri yang mengkoordinasikan Covid-19 antara kementerian, saya terpaksa untuk bawa bersama kepimpinan negeri Johor untuk apa jua keputusan,” katanya.



Desas-desus mengenai kemungkinan PRN di Johor kedengaran sejak minggu lepas.

Kerajaan Johor ketika ini memiliki majoriti tipis satu kerusi dengan memiliki 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 27 di blok pembangkang dan kedudukannya dianggap “goyah” selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas, Osman Sapian. FMT

Peralihan ke endemik diputus minggu depan – Hishammuddin


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja



Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker