Mahkamah batal saman terhadap Zamri Vinoth
Mahkamah batal saman terhadap Zamri Vinoth
Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan oleh penceramah kontroversi, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu membatalkan saman terhadapnya dan kerajaan berkaitan kenyataannya yang didakwa menghina kaum dan agama lain.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Arief Emran Arifin turut membenarkan permohonan sama oleh kerajaan.
Beliau memerintahkan Pertubuhan Hindu Dharma Malaysia dan Majlis Belia Hindu Malaysia membayar kos RM10,000 kepada Zamri.
Peguam Shankar Sundaram yang mewakili dua kumpulan Hindu itu berkata, mahkamah memutuskan anak guamnya tiada kausa tindakan, seterusnya menolak permohonan mereka untuk memaksa polis menangkap dan menyiasat Zamri.
“Saya diarahkan memfailkan rayuan,” katanya kepada FMT, selepas keputusan itu dibuat dalam prosiding maya.
Pada 28 April tahun lalu, A Radhakrishnan dan C Arunkumar – ahli dua NGO berkenaan – memfailkan saman terhadap kerajaan, polis dan Zamri dengan mendakwa pihak berkuasa gagal melaksanakan tugas mereka untuk mengekalkan keamanan, apabila enggan mengambil tindakan terhadap Zamri.
Menurut mereka, Zamri berkongsi sembilan video di akaun media sosialnya yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu di negara ini.
“Kami percaya beliau mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian negara kerana menggalakkan keganasan dan mengancam orang awam,” menurut tuntutan mereka.
Mereka mendakwa polis tidak menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Zamri berdasarkan laporan polis yang dibuat.
“Kami mohon deklarasi mahkamah bahawa Zamri adalah ancaman kepada keselamatan negara, dan memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya polis menangkap serta menyiasatnya,” menurut tuntutan mereka.
Radhakrishnan dan Arunkumar turut mendesak Zamri memohon maaf kepada penganut Hindu di negara ini dan membayar ganti rugi RM1 juta kepada dua NGO berkenaan.
Zamri, polis, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan kemudian memfailkan permohonan membatalkan saman itu.
Antara lain, defendan berkata, tuntutan plaintif tidak menyatakan kausa tindakan munasabah, selain tindakan itu disifatkan penyalahgunaan proses mahkamah. FMT
Mahkamah batal saman terhadap Zamri Vinoth
hr />
Baca Artikel Menarik :
- Normala Samsudin tidak peduli ibu di kampung?
- Aksi ranjang Jasmine Suraya, PU Syed buat teguran
- Lembu terputus kepala dibaham harimau
- Bekas juara renang para jual beg tisu di Bukit Bintang
- Nak beraya, ambil dos penggalak
- Scha Alyahya nak pulun habis
- Dahulu takut, kini Erra jatuh cinta
- Penghijrahan ke Malaysia sesuatu yang cukup bermakna – Zakir Naik
- Senarai peserta pentas akhir Gegar Vaganza 8
- Ada nak lamar Rohana
- Penggal kepala ibu, suspek pernah dipenjara ugut ibu
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’
Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
You must be logged in to post a comment.