Tunggang Kawasaki Ninja tetapi tergolek depan bengkel

Sebaran :

Penunggang motosikal yang berasa malu itu bangun dengan serta-merta sambil menunjuk ke arah jalan raya, seolah-olah sedang menyalahkan pengguna yang lain. – Instagram

JAKARTA – Aksi seorang penunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja yang terjatuh di hadapan sebuah bengkel menjadi tular dengan ramai netizen menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang memalukan, lapor laman berit Suara.com hari ini.

Berdasarkan satu rakaman  yang dimuat naik di laman Instagram, sebuah motosikal model Kawasaki Ninja 250R berwarna merah tiba-tiba terbabas dari arah jalan raya dan jatuh betul-betul di hadapan sebuah bengkel.

Turut kelihatan dalam video itu adalah beberapa orang mekanik yang sedang membaiki motosikal.

Penunggang motosikal itu yang berasa malu, bangkit dengan serta-merta sambil menunjuk ke arah jalan raya, seolah-olah sedang menyalahkan pengguna  lain.



Dia kemudian  hanya membiarkan motosikal yang telah jatuh di atas tanah itu sehingga salah seorang daripada mekanik menghampirinya untuk melihat keadaan kenderaan itu.

Video itu menjadi tular dengan pelbagai komen ditinggalkan oleh pengguna.

“Mungkin dia sebenarnya mahu menunjuk-nunjuk di hadapan rakan-rakannya, namun tersilap teknik sehingga terpaksa berpura-pura menyalahkan orang lain,” kata seorang netizen.

“Sudah ditakdirkan motosikal itu terjatuh betul-betul di hadapan bengkel,” ujar seorang lagi. – AGENSI



Tunggang Kawasaki Ninja tetapi tergolek depan bengkel


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *