Mualaf OKU penglihatan hafaz al-Quran 30 juzuk

TAN Mike Foong berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran selepas dua tahun mengikuti pengajian di Darul Quran Jakim, Kuala Kubu Baharu, Selangor.

PUTRAJAYA: Tanggal 10 Januari lalu menjadi detik terindah buat pemuda mualaf yang juga orang kurang upaya (OKU) penglihatan apabila berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran.
Tan Mike Foong, 26, berasal dari Kuala Kubu Bharu me­raih pencapaian itu selepas dua tahun mengikuti pengajian di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mike Foong mengakui gembira dengan pencapaian itu kerana susah payahnya selama ini akhirnya berbaloi.

“Saya akui amat berat untuk menghabiskan hafazan ini. Saya akan ulang balik mana yang tidak ingat dan akan hafal semula supaya lebih mantap,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Ditanya perancangannya selepas ini, Mike Foong berkata, dia kini sedang mengendalikan kelas mengaji al-Quran secara atas talian dan akan terus fokus dalam bidang itu pada masa depan.

“Tujuan saya buka kelas ini adalah untuk membantu ma­syarakat membetulkan bacaan al-Quran masing-masing. Kalau tidak gunakan ilmu ketika kita belajar dulu pun tak guna juga. Jadi baik saya kongsi kepada masyarakat di luar sana,” katanya.

Bukan setakat menghafal, Mike Foong juga ‘menulis’ 30 juzuk al-Quran dengan tulisan braille sebagaimana yang telah ditetapkan dalam proforma Program Diploma Darul Quran.

Mike Foong akan diraikan bersama-sama rakan pengajiannya dalam Majlis Khatam Hafazan Al-Quran 5 Mac depan. Anak pasangan Ang Bee Cheng, 51, dan Tan Ang Chong, 50-an itu pernah menarik perhatian media apabila ibunya yang juga bukan beragama Islam menemaninya pada majlis Konvokesyen Darul Quran 2019.

Ketika itu, Mike Foong naik ke pentas bagi menerima Sijil Asas Tahfiz pada majlis Konvokesyen Darul Quran, di Darul Quran Jakim Kuala Kubu Bharu.

Mike Foong memeluk Islam pada 2015 yang ketika itu tanpa pengetahuan ibu bapanya. Pencapaian luar biasa diraih Mike Foong itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad.

Idris menerusi hantaran di Facebook berkata, pencapaian itu luar biasa kerana Mike Foong seorang mualaf dan OKU penglihatan.

“Benar al-Quran itu cahaya yang menerangi kehidupan kita. Ada rezeki saya nak bertemu mata dengan anak soleh pintar ini insya-Allah,” katanya.

“Terima kasih juga saya buat pendidik Darul Quran yang istiqamah mendidik dan melahirkan ahlul quran yang bakal menjadi ulama satu hari nanti,” katanya. – UTUSAN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker