Indonesia tak lama lagi akan saingi Malaysia tarik pelabur, kata ahli ekonomi

Indonesia tak lama lagi akan saingi Malaysia tarik pelabur, kata ahli ekonomi

Seorang pakar ekonomi memberi amaran bahawa Malaysia semakin kehilangan kelebihan berbanding Indonesia dalam persaingan bagi mendapatkan pelaburan asing.

Carmelo Ferlito daripada Pusat Pendidikan Pasaran berkata, haluan kedua-dua negara nampaknya hampir bertemu, dengan Indonesia pantas mengejar Malaysia disebabkan tindak balasnya terhadap wabak Covid-19 yang progresif dan mesra perniagaan.

Malaysia telah lama dilihat sebagai negara yang lebih mesra perniagaan, didorong oleh dasar yang menarik syarikat asing menubuhkan operasi tempatan, tetapi Ferlito berkata, ini boleh berubah ketika dunia sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran pasca wabak.

Beliau berkata, Malaysia menjadi hab perniagaan yang menarik sejak beberapa dekad lalu atas beberapa sebab.

“Terdapat kestabilan politik dan pengawalseliaan perniagaan yang positif, pengaturan yang baik bagi ekspatriat dan pekerja asing berkemahiran rendah, keseimbangan yang baik antara kos buruh dan tahap kemahiran, serta infrastruktur yang kukuh.

“Ini menjadikan Malaysia menarik bagi semua perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya kepada FMT.

“Sebaliknya, Indonesia, walaupun menawarkan buruh murah dan pasaran domestik yang besar, mempunyai rangka kerja kurang mesra perniagaan yang hanya menarik pelabur besar.”

Bagaimanapun, katanya, tindak balas kedua-dua negara terhadap Covid-19 boleh membawa perubahan dalam dinamik ini. Ketika Malaysia melaksanakan strategi sifar kes sejak awal, Indonesia menyedari keperluan untuk memelihara mata pencarian dan mengelak sekatan berulang.

Selain itu, sementara segelintir di negara ini mencetuskan sentimen nasionalistik dengan menjadikan pekerja asing kambing hitam semasa wabak, kerajaan Indonesia lebih agresif mewujudkan persekitaran yang lebih menarik walaupun dengan mengorbankan popularitinya disebabkan undang-undang Penciptaan Pekerjaan Omnibus yang menimbulkan kontroversi.

Undang-undang ini menghapuskan peraturan perlindungan pekerja dan alam sekitar tertentu bagi memudahkan perniagaan pelabur.

“Daya tarikan Malaysia akan berkurangan sedikit manakala Indonesia melonjak ke hadapan. Malaysia kemudiannya akan memainkan peranan menarik hanya pelaburan yang lebih kecil.”

Beliau berkata, dasar Malaysia menunjukkan ia berpuas hati dengan hasil pelaburan semasanya seperti yang ditunjukkan dalam sikap selektif terhadap tenaga kerja asing yang dibenarkan masuk di semua peringkat.

“Indonesia, bagaimanapun, nampaknya menyedari bahawa ini adalah detik bersejarah untuk merebut peluang memainkan peranan yang lebih besar dari segi ekonomi, di peringkat serantau dan global,” tambahnya.

Namun katanya, “permainan belum berakhir”, dan menyebut strategi semasa di Malaysia yang bermatlamat untuk hidup dengan virus itu, menunjukkan pendekatan yang lebih positif terhadap Covid-19 dari segi ekonomi.

“2022 akan menjadi penting bagi Malaysia, yang perlu mengambil langkah tepat dalam permainan daya saing,” katanya. FMT

Indonesia tak lama lagi akan saingi Malaysia tarik pelabur, kata ahli ekonomi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker