Menantu kecewa ibu mentua arah roboh pintu rumah

Ibu mentua wanita itu tetap memaksanya memasang pintu tersebut di rumahnya meskipun tidak bersesuaian dengan rekaan rumah. – Instagram

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi perhatian netizen selepas berkongsi kisah dia  terpaksa merobohkan pintu rumah kerana diarah oleh  ibu mentuanya, lapor laman berita Detik kelmarin.

Berdasarkan rakaman video yang dikongsikan di laman TikTok, wanita berkenaan memberitahu bahawa ibu mentuanya meminta agar pintu itu dikembalikan sedangkan ia merupakan pemberian ibu mentuanya sebelum ini.

“Ini adalah rumah saya yang terpaksa dirobohkan sebahagiannya kerana ibu mentua menyuruh saya mengembalikan pintu yang dia beri sendiri,” tulis wanita berkenaan pada keterangan video itu.

Tambah wanita tersebut, ketika diberikan pintu itu, dia telah menolak pemberian ibu mentuanya kerana enggan perkara berkenaan menjadi isu dalam keluarga.



“Namun, ibu mentua tetap memaksa saya memasang pintu ini di rumah sedangkan rekaan rumah tidak sesuai dengan pintu itu.

“Sekarang, dia menjerit-jerit seolah-olah saya yang minta dibelikan pintu tersebut,” ujarnya.

Video itu dikongsikan semula di laman Instagram dan menerima pelbagai komen netizen.

“Seburuk-buruk perlakuan mentua, dia ialah ibu kepada suami anda. Jangan sesekali mendedahkan aib rumah tangga atau ibu bapa di media sosial hanya demi mendapatkan simpati ramai,” kata seorang netizen.



“Masalah dengan mentua atau ipar, biar suami yang selesaikan. Jangan bercakap berlebihan kerana sama ada kita di pihak yang benar atau salah, orang akan tetap mencari salah kita,” kata netizen lain.. – AGENSI

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?

Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim



Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker