Dini Selalu Nampak Janna Nick Tertekan Tapi Kini Lebih Kuat.

Dini Schatzmann  kekasih kepada Janna Nick menerangkan bahawa Janna Nick memang pernah cakap ada cuba nak bunuh diri.

“Ia berlaku sebelum kami bercinta. Dia cerita sebab mahu berkongsi apa yang pernah berlaku dulu. Saya juga selalu nampak dia dalam keadaan tertekan. Cuma, baru-baru ini apabila dia berasa lain, dia pergi berjumpa pakar psikiatri bagi mendapatkan pandangan mengenai apa yang dialami. Kemudian dia disahkan ada gangguan bipolar.

“Sebagai kekasih, saya hanya mampu memberikan sokongan moral, kata-kata positif dan semangat. Memandangkan dia masih perlu mengambil ubat, jadi ia membantu dirinya,” kata pelakon Dini Schatzmann yang mengakui pernah diceritakan mengenai insiden cubaan bunuh diri oleh kekasihnya yang juga pelakon popular, Janna Nick.

Dini Schatzmann 27, atau nama sebenarnya Dini Azan Schatzmann berkata, dia juga selalu melihat Janna Nick berada dalam keadaan tertekan. Dini yang juga pelakon drama ‘Marry Me Senorita’ itu berkata, tindakan Janna Nick senyap seketika di media sosial baru-baru ini adalah keputusannya sendiri.

“Apa yang susahnya adalah orang yang sihat seperti saya untuk faham apa yang dia alami. Disebabkan itu dia memang perlukan bantuan pakar. Selain memberikan kata-kata semangat, saya layan dia seperti biasa. Tapi, kena sentiasa ingatkan dia jangan terlalu fikirkan sangat perkara kecil.

“Apabila dia senyap di media siosial, itu dia memang rasa nak ambil masa untuk diri sendiri. Dia nak rehat dari media sosial. Sekarang dia sudah kembali, sebab itu sebahagian daripada kerja dia. Dia boleh uruskan lagi, cuma dari semasa ke semasa kena sentiasa ingatkan juga,” ujarnya.


Terdahulu, Janna yang juga pengacara Melodi itu mengejutkan ramai pihak apabila berkongsi mengalami masalah kesihatan mental iaitu gangguan bipolar selepas senyap seketika dari media sosial. Janna berkata, dia kini bergantung pada ubat anti kemurungan sejak seminggu lalu.

Sementara itu, Janna berterima kasih kepada semua yang memberikan kata-kata semangat di ruangan komen dan menghantar mesej peribadi di media sosial sekali gus menjadikan dia lebih kuat. Janna berkata, sokongan yang diberikan serta berkongsi kata-kata baik dan pengalaman peribadi sangat membantunya.

“Meneliti semua komen dan DM (direct message), ia sangat membantu saya. Saya tidak bersendirian dalam perkara ini dan ada orang lain yang mengalami perkara sama seperti saya. Mari terus bersama di antara satu sama lain dan terus kuat,” tuturnya.

Menerusi pendedahan dibuat di laman Instagram, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, juga mengaku pernah membuat cubaan bunuh diri ketika berusia 14 dan 15 tahun. Malah, dia kini bergantung pada ubat anti kemurungan sejak seminggu lalu.

Hasil tinjauan, ruangan komen di Instagram Janna terus dipenuhi dengan kata-kata semangat bukan saja daripada peminat, tapi juga dalam kalangan rakan artis.

JANNA NICK DIKECAM LAGI – KALI INI FOTO PANGKU KEKASIH ATAS RIBA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker