Biodata Pelakon Dini Schatzmann

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latae Belakang Dini Schatzmann yang di kemaskini pada 25 Apr 2021. Dini Schatzmann atau nama sebenarnya Dini Azan Schatzmann (lahir 17 Oktober 1994) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali setelah melakonkan watak pembantu dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek dan drama Bukan Cinta Aku. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan mempunyai darah campuran iaitu ibunya berasal daripada Pulau Pinang, manakala bapanya pula daripada Switzerland.

Beliau mula menceburi bidang lakonan selepas tamat pengajian dalam bidang kejuruteraan di mana ibunya bertanggungjawab memperkenalkan beliau dengan beberapa pengarah dan penerbit. Tidak menyesal kerana mengikuti pengajian dalam kejuruteraan kerana menganggapmya demi memenuhi impian kedua ibu bapanya.

Hanya selepas dua tahun berada dalam pengajian, Dini mula merasa jiwanya lebih cenderung terhadap perkara seni. Berbekalkan azam untuk mencipta nama dalam kerjayanya itu, beliau akhirnya tiba ke Malaysia pada Mei 2018 seterusnya mengasah kemahiran dengan mengikuti kelas lakonan yang dikelolakan pelakon berpengalaman, Fatimah Abu Bakar dan juga kelas bahasa Melayu. Beliau mengakui fasih dalam dialek utara kerana ibunya sering berkomunikasi dalam dialek itu ketika di rumah. Bagaimanapun beliau mengakui kemahiran bahasa Melayunya lemah kerana tidak menetap di Malaysia sebelum ini, malah tidak pernah membaca buku dalam bahasa kebangsaan itu.



Dini Schatzmann
Kelahiran
Dini Azan Schatzmann

17 Oktober 1994 (umur 26)

Pulau Pinang, Malaysia
Pendidikan Ijazah bidang kejuruteraan, Universiti British Columbia, Kanada
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2018–kini

Janna Nick dan Dini Schatzmann nikah di Pulau Langkawi

FOTO



VIDEO

Biodata, Profail Dan Latar Belakang Janna Nick



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker