Dakwaan ‘tak vaksin’, Pegawai jawab bagi pihak Muhyiddin

Muhyiddin Yassin dan delegasinya telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 ketika mengerjakan umrah Mac lalu, kata pegawai khasnya Mohd Naaim Mahmod.

“Tan Sri Muhyiddin dan semua delegasi telah menerima suntikan dos pertama vaksin sebelum berangkat ke Arab Saudi dan menerima suntikan kedua vaksin sekembali ke tanah air,” katanya.

Naaim berkata ketika itu kerajaan Malaysia dan Arab Saudi tidak mengenakan syarat lengkap suntikan vaksin untuk pengembara yang ingin melakukan perjalanan ke Arab Saudi.

Dia berkata demikian ketika menjawab serangan penceramah Abu Syafiq di media sosialnya.

Abu Syafiq bagaimanapun merujuk kepada vaksin meningococcal meningitis (MM) dan bukannya vaksin Covid-19.

Sebelum ini, Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man juga tersalah faham selepas dituduh tidak mengambil vaksin MM ketika memasuki Arab Saudi, sehingga membuatkan dia mendedahkan butiran pengambilan vaksid Covid-19.

Abu Syafiq yang sering membawa rombongan ke Makkah berkata pengambilan vaksin MM tidak lagi disyaratkan oleh kerajaan Saudi.

Selain itu, Naaim berkata, lawatan kerja rasmi Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan ke Arab Saudi atas undangan kerajaan itu tertakluk kepada standard operasi piawai (SOP) ketat.

Ini termasuk melakukan ujian saringan PCR bagi mengesan Covid-19 sebelum, semasa dan selepas lawatan.

“Hasil ujian PCR mendapati semua delegasi adalah negatif Covid-19,” katanya.

Pergerakan delegasi di Arab Saudi juga dikawal ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi dalam gelembung perjalanan yang telah ditetapkan, katanya.

Dakwaan ‘tak vaksin’, Pegawai jawab bagi pihak Muhyiddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker