Dakwaan campur tangan Muhyiddin: Tiada yang hubungi kami, kata CJ

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menafikan terdapat pihak yang menghubungi dirinya atau hakim lain berhubung dakwaan Muhyiddin Yassin tentang cubaan campur tangan dalam badan kehakiman.

Hakim tertinggi negara itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan bekas perdana menteri itu yang dibuatnya semasa ucapan pada 4 Ogos tahun lalu.

Muhyiddin yang adalah perdana menteri ketika itu pada ucapannya mendakwa terdapat pihak tertentu yang mendesaknya supaya mencampuri urusan mahkamah.

Desakan itu, tambahnya tanpa menyebut nama, bagi membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Ucapan Muhyiddin itu yang disiarkan di televisyen susulan pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong pada sebelah pagi hari berkenaan. Dia memberi jaminan bahawa dirinya masih menjadi perdana menteri ketika itu dan akan membuktikan kesahihannya apabila Parlimen bersidang semula akhir tahun lalu,

Semasa sidang media sempena Tahun Perundangan 2022 di Istana Kehakiman Putrajaya hari ini, Tengku Maimun dengan tegas menafikan dia atau rakan-rakannya pernah dihubungi oleh mana-mana pihak atas dakwaan campur tangan kehakiman sedemikian.

“Kami dengar dari televisyen. Bekas PM (Muhyiddin) dakwa ada pihak menghubunginya, tetapi tiada seorang pun kami di sini yang dihubungi.

“Rakyat tahu bahawa hakim membuat keputusan berdasarkan bukti, kita tidak boleh lari daripada asas teras itu.

“Apa yang boleh saya kata ialah tiada sesiapa menghubungi saya, mahupun mereka di sini, untuk mendapatkan bantuan (dalam kes mahkamah),” kata Tengku Maimun.

Sementara itu berhubung hantaran di media sosial berhubung kes mahkamah berprofil tinggi seperti kes berkaitan 1MDB membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak, hakim tertinggi negara itu memberi jaminan bahawa orang ramai berhak membuat pandangan sendiri manakala badan kehakiman pula terus membuat keputusan mahkamah mengikut undang-undang.

Katanya, tanpa mengira apa yang disiarkan dalam talian, hakim terus melaksanakan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih.

“Orang ramai (Warga maya) berhak membuat pandangan mereka manakala kami (badan kehakiman) memutuskan (kes mahkamah) mengikut undang-undang,” katanya.

Dakwaan campur tangan Muhyiddin: Tiada yang hubungi kami, kata CJ


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker