Bayi Nevermind saman semula Nirvana

Bayi Nevermind saman semula Nirvana

LOS ANGELES, California – Lelaki semasa bayi gambarnya dirakam untuk kulit album Nevermind oleh Nirvana telah mengemukakan saman baharu terhadap kumpulan rock tersebut atas dakwaan eksploitasi seksual selepas kes sama digugurkan sebelum ini.

Kini berusia 30 tahun, Spencer Elden pertama kali mengemukakan samannya pada Ogos 2021. Dia menuntut ganti rugi AS$150,000 (RM626,340) daripada setiap 15 defendan termasuk bekas anggota Nirvana yang masih hidup iaitu Dave Grohl dan Krist Novoselic, di samping estet vokalis kumpulan tersebut, mendiang Kurt Cobain serta jurugambar, Kirk Weddle.



Dalam saman asal, pasukan guamannya berhujah bahawa Elden atau penjaganya tidak menandatangani dokumen untuk membenarkan penggunaan sebarang imej Spencer, inikan pula gambar pornografi kanak-kanak yang menampilkan dirinya.

Di bawah undang-undang persekutuan Amerika Syarikat, mangsa penderaan seks kanak-kanak boleh menyaman sesiapa sahaja yang menerbitkan, mengedar atau memiliki imej mereka bagi menuntut ganti rugi.

Pada 3 Januari lalu, seorang hakim menolak kes Elden kerana pasukan guamannya gagal memberi maklum balas dalam masa yang ditetapkan berhubung permintaan peguam Nirvana supaya kes itu digugurkan.

Elden diberikan masa 10 hari untuk memfailkan kes baharu dan berbuat demikian pada Rabu lalu.



Pada tahun 1991 apabila dia berumur empat bulan, Elden dirakam dalam keadaan bogel di dalam sebuah kolam renang cuba mencapai wang kertas satu dolar yang dilekatkan pada mata pancing. Gambar itu menjadi imej kulit album antara yang paling ikonik sepanjang masa.

Album Nevermind dijual sebanyak 30 juta unit dan menampilkan lagu popular seperti Smells Like Teen Spirit.

Dalam hujah pada Disember lalu, pasukan peguam Nirvana berhujah tempoh masa untuk memfailkan saman berhubung imej itu tamat lebih satu dekad lalu dan dakwaan Elden bahawa gambar itu membabitkan pornografi kanak-kanak sebagai ‘tidak serius’.

Kata mereka, Elden sendiri berulang kali menghasilkan semula foto tersebut dan mengenakan bayaran termasuk untuk ulang tahun ke-25 Nevermind. K Online



Bayi Nevermind saman semula Nirvana


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu



Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker