Rakyat usah alpa dengan indeks pemulihan Covid-19 – Ismail

Rakyat usah alpa dengan indeks pemulihan Covid-19 – Ismail

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua rakyat supaya tidak alpa menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat walaupun negara memperoleh 66.5 mata dalam Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei Asia, iaitu tertinggi bagi negara ASEAN dan tangga ke-13 daripada 122 negara atau wilayah.

Perdana Menteri berkata, semua Keluarga Malaysia justeru perlu sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling.



Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada semua rakyat atas kejayaan itu kerana ia adalah hasil kerja keras dan semangat penyatuan setiap ahli Keluarga Malaysia dalam menempuhi pandemik Covid-19 secara bersama.

“Alhamdulillah, Malaysia memperoleh 66.5 mata dalam Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei Asia yang tertinggi bagi negara ASEAN dan tangga ke-13 daripada 122 negara atau wilayah. Indeks pencapaian ini mengambil kira aspek pengurusan jangkitan, pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Keluarga Malaysia termasuk wira-wira kita iaitu frontliners yang bertungkus-lumus memelihara rakyat dan negara daripada ancaman wabak Covid-19 ini.

“Ya, kita berada dalam tempoh pemulihan negara daripada musuh dunia ini iaitu Covid-19. Pelbagai cabaran dan dugaan sudah kita tempuhi, namun semangat sebagai sebuah Keluarga perlu senantiasa utuh demi mencapai kemakmuran bersama,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.



Minggu lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei selepas hampir dua tahun memerangi pandemik.

Indeks Pemulihan itu menunjukkan perbezaan antara Asia dan Barat, dengan kebanyakan negara merekodkan peningkatan kes terutama disebabkan varian Omicron dalam tempoh yang singkat.

Berdasarkan Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei, setakat 31 Disember lepas, Malaysia berada di kedudukan ke- 13 dengan 66.5 mata manakala Bahrain tersenarai di tempat paling atas dengan 82 mata, dikuti Chile (76.5 mata) dan Taiwan (75.5 mata).

Berdasarkan laman sesawang tersebut, Indeks Pemulihan Covid-19 Nikkei menyenaraikan kira-kira 120 negara atau wilayah bagi pengurusan jangkitan, pelaksanaan pemberian vaksin dan mobiliti sosial.



Kedudukan lebih tinggi sesebuah negara atau wilayah dalam indeks tersebut menunjukkan semakin hampir kepada pemulihan dengan jumlah kes Covid-19 yang rendah, kadar vaksinasi lebih baik dan langkah penjarakan sosial yang kurang ketat; sumber data termasuk daripada Our World in Data, Google Covid-19 Community Mobility Reports, Oxford Covid-19 Government Response Tracker Cirium dan penyelidikan Nikkei Asia. Utusan

Rakyat usah alpa dengan indeks pemulihan Covid-19 – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker