PRN Johor, Anwar kata nanti dulu
Pakatan Harapan (PH) bersedia untuk ‘berlawan’ jika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diumum untuk diadakan dalam masa terdekat.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata parti itu tetap membangkitkan persoalan mengapa pilihan raya itu perlu diadakan ketika masalah COVID-19 masih belum selesai, selain dengan situasi banjir di negeri itu yang belum pulih sepenuhnya.
“Jika pilihan raya diumumkan kita mesti bersedia, cuma apa kewajarannya COVID-19 bertambah, sekatan teruk dan perjalanan kempen akan memihak kepada kerajaan, itu semua kita tahu.
“Masalah banjir belum selesai termasuk di Johor, banjir surut tetapi ia tidak bermakna sudah selesai masalah, rakyat juga masih susah, orang tidak faham kerana mereka tidak turun ke bawah, melihat kesusahan rakyat.
“Kalau turun (jumpa rakyat) terutama bertemu mangsa banjir, mereka tahu masalah ini besar. Orang yang kena (banjir) mereka susah, kelengkapan perumahan, dapur rosak, sebab itu saya kata selesai masalah ini dulu,” katanya selepas menerima sumbangan barangan pasca bencana daripada pihak SP Care Group kepada Pusat Khidmat Parlimen Port Dickson di sini, hari ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Datuk M Ravi dan Pengasas SP Care Group, Dr Sathia Prakash Nadarajan.
Sumbangan diberikan itu termasuk kayak, enjit bot, jaket keselamatan dan pelampung.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, andai kata pilihan raya mahu diadakan juga, PH sedia bertanding pada kadarnya.
Sementara itu, beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, dia akan membangkitkan masalah rakyat pada Sidang Khas Parlimen berkaitan banjir yang akan diadakan 20 Januari ini.
“Untuk sidang khas, saya akan bawa masalah rakyat, persiapannya dan segala macam, tunggu 20 Januari ini,” katanya.
PRN Johor, Anwar kata nanti dulu
Baca Artikel Menarik:
- 3 polis ‘kaki paw’ ditahan
- Keluarga Shebby ucap terima kasih atas penghormatan dan kasih sayang
- ASB Tidak Diwajibkan Zakat?
- Hakim berbogel: 5 saksi dipanggil bantu siasatan
- Duduk apartment tingkat 4, minta bantuan banjir
- Separuh penduduk Eropah akan dijangkiti Omicron Mac ini?
- Ismail Sabri mendapat sokongan penuh MKT UMNO sebagai PM
- Aksi ranjang Jasmine Suraya, sedia dikecam netizen
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Fosil Naga Laut Terbesar Ditemui, Dipercayai Hidup Pada 250 Juta Tahun Dahulu
- “Unboxing Isteri: Satu trend pengikut setan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu
Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis
You must be logged in to post a comment.