Terima kasih PM bantu ringankan beban kami
Terima kasih PM bantu ringankan beban kami
RANTAU PANJANG: Baru sahaja menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) RM1,000, mangsa banjir di Kampung Bendang Perol, di sini, tidak menyangka mendapat pula bantuan baik pulih rumah mereka yang rosak dalam bencana berkenaan.
Mereka meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang tampil membantu pada saat rakyat berdepan kesulitan akibat banjir. Penerima bantuan adalah penduduk yang kediaman mereka mengalami kerosakan teruk disebabkan musibah berkenaan.
ADVERTISEMENT
Penduduk, Mohd Yusoff Setapa, 45, berkata sebaik dimaklumkan oleh penghulu bahawa kediaman usangnya antara yang dipilih menerima bantuan kerajaan berkenaan, dia hanya mampu mengucapkan rasa syukur.
“Memang saya buntu memikirkan bagaimana nak cari wang untuk baiki dinding rumah dan dapur yang hampir runtuh selepas ditenggelami banjir bermula 17 Disember lalu. Dengan adanya bantuan sebegini, ia bagaikan memberi sinar baharu buat saya dan keluarga.
“Terima kasih Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana peka akan nasib rakyat, terutama mangsa banjir yang sememangnya menerima kesan agak teruk akibat bah baru-baru ini. Saya tidak sangka kerajaan ambil langkah segera membantu penduduk yang terjejas,” katanya.
Bagi Narizan Zakaria, 57, sebaik diberitahu akan menerima bantuan untuk membaiki rumahnya yang rosak, dia berasa sangat gembira dan terharu kerana nasibnya mendapat perhatian kerajaan.
“Sejujurnya, saya suka cara kepemimpinan kerajaan hari ini yang membantu tanpa mengira birokrasi, malah disampaikan terus kepada rakyat.
“Tidak sangka baru saja saya terima BWI sebanyak RM1,000 sebelum ini, ada lagi rezeki lain yang datang khusus untuk membaiki rumah yang rosak akibat banjir,” kata ibu kepada lapan cahaya mata ini.
Kerajaan juga membantu membaik pulih kediaman keluarga daif di Kampung Kuin Merah, Bukit Tandak, di sini yang dimaklumkan mengalami kerosakan teruk selain bumbung bocor.
Dalam perutusan Tahun Baharu 2022 baru-baru ini, Perdana Menteri antara lain mengumumkan kerajaan akan menguruskan baik pulih rumah yang rosak teruk akibat banjir dengan kos sehingga RM15,000, manakala bagi kediaman yang musnah dan tidak boleh diduduki, kerajaan akan membantu pembinaan rumah baharu dengan kos sehingga RM56,000 setiap unit.
Di samping itu, kerajaan turut menyediakan bantuan tunai hingga RM5,000 bagi setiap keluarga untuk kerja pembaikan rumah yang mengalami kerosakan tidak teruk. BH
Terima kasih PM bantu ringankan beban kami
Baca Artikel Menarik :
- Lelaki dilempang berkali-kali lebih tiga minit kerana ramas bontot gadis
- Intan Najuwa teruja mandi lumpur dalam bendang
- PPIM gunakan pengaruh Bossku untuk sampaikan memorandum kepada PM
- Nadir dedahkan pembunuh Imam Fadi
- Penyingkiran Saiful Apek, Yasin akibat ‘mainan’ GV – Vida
- Terpaksa putus cinta kerana Talasemia (Video)
- Rakyat mahu lihat anak Khairy divaksin dahulu – Catriona Ross
- Jelaskan alasan sebenar SK Assumption ditutup atau berdepan serangan PH – Najib
- Tudung Natasha Hudson terbang atau dah tanggal?
- Sedut wang akaun mangsa
- Cara Tebus Kredit RM400 Di Shopee Dan Lazada Bagi Program SAVE 3.0
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)
Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi