Azam Baki tegaskan tiada pihak boleh menamatkan tugasnya kecuali Agong

Di sebalik tekanan segenap penjuru, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata dia tidak akan berundur daripada jawatan disandang.

Katanya, tiada mana-mana pihak boleh manamatkan tugasnya selain daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Saya dengan tegas dan tetap dengan pendirian teguh saya untuk tidak meletakkan jawatan kerana tidak ada keperluan untuk saya berundur,” Azam dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian pada Selasa.



“Hanya seorang individu yang paling layak dan boleh menamatkan tugas saya adalah Yang di-Pertuan Agong, selain daripada itu, saya tidak mahu ambil peduli dengan apa jua tuntutan yang mahu diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu.”

Azam berdepan desakan supaya bercuti dan meletakkan jawatan susulan pemilikan jutaan saham, termasuk yang dibeli adiknya Nasir menggunakan akaunnya.

Pengkritik berkata jumlah itu melebihi angka yang dibenarkan kepada penjawat awam, selain mempersoalkan sumber kewanangannya.

Azam pada 8 Januari dilapor mempertahankan dirinya dengan berkata “Saya ada semua dokumen, saya akan lawan”.



Sementara itu, Azam juga meminta semua pihak bersabar.

Katanya, dia telah ‘menyerahkan diri’ kepada jawatankuasa-jawatankuasa SPRM untuk siasatan dan percaya “kebenaran akan muncul akhirnya”.

Tegas Azam lagi, dia telah mengikuti segala protokol dan melakukan apa yang patut.

“Satu hari nanti pada waktu ketika yang sesuai, semua orang akan tahu juga kebenarannya,” dia dipetik sebagai berkata.



Kenapa lambat jawab?

Ditanya kenapa dia mengambil masa yang lama untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan, Azam berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Bukan perlu untuk saya memaklum balas perkara seperti ini.

“Saya bukan ahli politik tetapi seorang pegawai tinggi kerajaan yang banyak kerja lain yang perlu diberi tumpuan dan diselesaikan



“Tidak ada keperluan kepada saya sebenarnya untuk saya memaklumkan kepada masyarakat kerana nanti nampak macam saya tiada kerja lain untuk dilakukan,” katanya.

Azam Baki tegaskan tiada pihak boleh menamatkan tugasnya kecuali Agong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker