Pengembara dijangkiti Covid-19, lengkap vaksin tidak perlu kuarantin

PUTRAJAYA – Pengembara yang pernah dijangkiti Covid-19 dalam tempoh 11 hingga 60 hari dan telah lengkap vaksinasi Covid-19 tidak perlu menjalani kuarantin wajib.

Bagaimanapun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, mereka masih perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 menggunakan RTK-Antigen (RTK-Ag) di hadapan petugas kesihatan kerajaan atau swasta yang ditempatkan di pintu masuk antarabangsa (PMA).

“Bagi pengembara yang belum menerima vaksinasi lengkap atau tidak divaksinasi, kuarantin wajib tujuh hari perlu dilaksanakan di stesen kuarantin selain melakukan ujian pengesanan Covid-19 menggunakan RTK-Ag di hadapan petugas kesihatan kerajaan atau swasta yang ditempatkan di PMA,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.



Menurutnya, kesemua ketetapan terkini bagi prosedur kemasukan ke Malaysia oleh pengembara yang pernah dijangkiti Covid-19 berkuatkuasa Khamis ini.

“Bagi pengembara yang tidak pernah dijangkiti Covid-19, ketetapan semasa masih terpakai,” katanya.

Beliau berkata, KKM masih mengamalkan prosedur kawalan sempadan termasuk pengujian dan kuarantin ke atas pengembara yang tiba ke Malaysia.

“Ini bagi mengurangkan risiko pengimportan kes jangkitan Covid-19 dan mengelakkan berlakunya penularan jangkitan virus tersebut,” katanya.



Khairy berkata, kerajaan mengambil pendekatan menetapkan pengembara yang telah dijangkiti Covid-19 mengemukakan bukti ujian makmal secara bercetak atau digital sebelum berlepas ke Malaysia.

“Mereka yang mempunyai sejarah kemasukan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19 perlu mengemukakan surat ‘Fit to Travel daripada pengamal perubatan di hospital terbabit,” katanya.

Tambah beliau, pengembara yang menjalani isolasi atau pengasingan di tempat kediaman

termasuk hotel kerana dijangkiti Covid-19, perlu menjalani ujian saringan RTK-Ag profesional dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Malaysia.



“Hanya individu dengan keputusan negatif sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan.

“Kesemua dokumen berkaitan hendaklah dibawa dan ditunjukkan kepada pihak berkuasa penerbangan dan kesihatan di pintu masuk, sekiranya diminta,” katanya.

Beliau berkata, pengembara perlu mematuhi keperluan lain seperti memuat turun dan mengisi deklarasi di MySejahtera.

“Sepanjang berada di Malaysia, pengembara diingatkan sentiasa mengamalkan norma baharu dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan,” katanya.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker