Kos pembantu rumah Indonesia RM20,000, cadang bawa masuk dari Bangladesh

Kos pembantu rumah Indonesia RM20,000, cadang bawa masuk dari Bangladesh

RM20,000 diperlukan untuk menggaji seorang pembantu rumah Indonesia.

China Press melaporkan, walaupun bayaran untuk Imigresen diumumkan sebagai RM1,136, tetapi jumlah dijangka jauh lebih tinggi selepas mengambil kita kos ejen dan juga pelbagai langkah pencegahan penyakit.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia (PIKAP), Fiona Low berkata, RM1,000 lebih yang diumumkan Imigresen hanya merupakan bayaran selepas semua proses terdahulu diselesaikan.

Beliau berkata, keadaan itu bermakna pembantu rumah itu sudah sudah tiba di Malaysia dan lengkap menjalani kuarantin serta semua pemeriksaan kesihatan.

“Untuk mencari seorang pembantu rumah asing seperti dari Indonesia, ejen adalah amat diperlukan.

“Ejen perlu memasuki kampung di kawasan yang jauh untuk mengenal pasti pembantu rumah yang sesuai. Kos ejen dan kos pengangkutan justeru adalah amat diperlukan,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak ejen juga perlu menyediakan makan minum, penginapan dan latihan selain menguruskan pelbagai hal berkaitan permit dan dokumen.

“Disebabkan COVID-19, pembantu rumah juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas ke Malaysia dan selepas tiba di Malaysia, selain dikuarantin.

“Dengan harga tiket penerbangan yang melonjak berkali ganda, ini merupakan kos tambahan yang perlu diambil kira.

“Semua kos ini bagaimanapun tidak dimasukkan dalam jumlah bayaran yang diumumkan Imigresen,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia, Julian Tan Kok Hang berkata, pandemik telah menyebabkan kos penggajian pembantu rumah meningkat 10 peratus atau kira-kira RM2,000.

Menurutnya, kos asal untuk pembantu rumah Filipina adalah RM15,000 dan untuk pembantu rumah Indonesia pula sebanyak RM20,000.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia, Jeffrey Foo berkata, kerajaan perlu membawa masuk pembantu rumah dari lebih banyak negara termasuk Bangladesh untuk meringankan beban majikan.

Katanya, sekiranya pembantu rumah Bangladesh dibawa masuk, kos mereka dijangka paling rendah iaitu di bawah RM10,000. MG

Kos pembantu rumah Indonesia RM20,000, cadang bawa masuk dari Bangladesh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker