Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor

Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor

GEORGE TOWN: Pengusaha gerai pasembor di Medan Renong, di Padang Kota Lama, menjelaskan pergaduhan antara pekerjanya dengan gerai pesaingnya tidak kena mengena akibat ‘berebut’ pelanggan selebriti.

“Kami bukan berebut pelanggan, seperti dispekulasikan di media sosial. Ia isu keluarga. Bagaimanapun, tidak dinafikan memang berlaku pergaduhan.



“Polis sudah menyiasat. Kami sudah selesaikan isu berkenaan secara baik dan tak mahu memanjangkan cerita,” kata jurucakap pengusaha gerai pasembor berkenaan kepada FMT.

Polis sudah mengambil keterangan daripada tujuh lelaki berusia lingkungan 30-an dengan kes disiasat kerana merusuh. Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengeluarkan surat tunjuk sebab dan akan mengambil tindakan kepada pihak yang berkenaan, termasuk ke tahap menggantung lesen perniagaan mereka.

Pengerusi Persatuan Penjaja Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama Asmadi Mohd Razali, berkata pergaduhan yang berlaku pada Selasa, tercetus akibat salah faham sahaja antara dua gerai pengusaha pasembor terbabit.



“Kedua-dua pihak sudah menyelesaikan perselisihan mereka. Kebiasaannya, dalam perniagaan akan timbul salah faham, pelanggan tidak perlu risau,” katanya dalam kenyataan. FMT

Isu keluarga, gaduh bukan, berebut pelanggan selebriti – pengusaha gerai pasembor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Shahrol Shiro bakal ambil tindakan undang-undang

Jong-un dirakam berjalan tempang [VIDEO]



Pakar tangkap ular kritikal dipatuk tedung selar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker