Polis nafi video tular lelaki dipukul ada kaitan kes Ganapathy


PETALING JAYA: Polis menafikan dakwaan rakaman CCTV seorang daripada dua lelaki dipukul dalam sebuah bilik ialah bekas tahanan, A Ganapathy yang meninggal dunia akibat kecederaan, dipercayai dialaminya ketika ditahan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Arifai Tarawe berkata, siasatan masih dijalankan ke atas kejadian itu dan mereka cuba mengenal pasti lokasinya.

“Saya dengan ini menafikan perkara ini sekeras-kerasnya.

“Tindakan tegas mengikut lunas undang-undang akan diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan dipetik Harian Metro.



Beliau menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan klip CCTV itu dan mengaitkannya dengan kes Ghanapathy yang masih dalam siasatan.

Rakaman CCTV selama 54 saat itu menunjukkan seorang daripada dua lelaki dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki menggunakan paip getah sambil disaksikan tujuh lelaki lain.

Terdahulu, Ganapathy, 40, dikatakan ditahan polis selama 12 hari dari 24 Feb hingga 8 Mac lalu, sebelum dimasukkan ke hospital.

Dia meninggal dunia 18 April lalu, selepas lebih sebulan dirawat di unit rawatan rapi Hospital Selayang.



Ibunya mendakwa Ganapathy dalam keadaan sihat ketika ditahan 24 Feb lalu bagi membantu siasatan ke atas seorang lagi anaknya yang dikehendaki polis, tetapi dipukul polis semasa dalam tahanan. FMT

Polis sahkan satu lagi kematian dalam tahanan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker