Lelaki didenda RM3,000 kerana buang puntung rokok atas jalan

LONDON – Seorang lelaki dikenakan kompaun £558 (RM2,946) selepas membuang puntung rokok di atas jalan  di hadapan pegawai penguatkuasa majlis perbandaran, lapor akhbar Metro UK semalam.

Alex Davis  ketika itu berjalan kira-kira 20 meter di hadapan kakitangan majlis perbandaran di Gloucestershire, England, apabila dia membuang puntung rokok di atas jalan sebelum berlalu.

Pegawai Penguatkuasa Jalan itu kemudian menghampiri Davis dan memberikan notis saman kepadanya kerana membuang sampah merata-rata pada Ogos tahun lalu.



Namun, dia gagal membayar denda permulaan sebanyak £150 (RM792) dan didapati bersalah ketika dibicarakan di mahkamah majistret Bristol semalam.

Dia diarah membayar denda berjumlah £220 (RM1,162), bersama-sama kos sebanyak £250 (RM1,320) dan surcaj sebanyak £88 (RM464), menjadikan jumlah keseluruhan £558 (RM2,946).

Ahli majlis yang bertanggungjawab untuk penguatkuasaan alam sekitar di Majlis Perbandaran Gloucestershire Selatan, Rachael Hunt berkata: “Puntung rokok adalah satu daripada sampah yang paling kerap ditemui oleh pegawai penguatkuasa kami, terutamanya di jalan raya.

“Lelaki ini didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata dan mengakui kesalahannya namun, dia tidak membayar denda yang dikenakan. Justeru, perkara ini dibawa ke mahkamah,” ujarnya. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk

Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot



Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker