BWI selesai diagih hujung minggu ini – Ismail

BWI selesai diagih hujung minggu ini – Ismail

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah terjejas dengan banjir di seluruh negara dijangka selesai diagihkan sebelum hujung minggu ini.

Beliau berkata, setakat ini, lebih 70 peratus ketua isi rumah yang terkesan dengan bencana itu telah menerima bantuan berkenaan setakat ini.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak hanya memberi tumpuan terhadap pengumuman semata-mata malah menekankan pelaksanaan yang cepat agar rakyat tidak menunggu lama untuk mendapat bantuan dalam usaha mengurangkan kesusahan rakyat ketika ini.

“Saya dah umumkan macam-macam insentif dan bantuan kerajaan tapi tak cukup dengan pengumuman, yang pentingnya pelaksanaan, dan saya berpuas hati dengan pelaksanaan Bantuan Wang Ihsan ini. Dah lebih 70 peratus mangsa banjir dah terima dan dijangka sehingga sebelum akhir minggu ini, seluruh Malaysia selesai 100 peratus, tapi banyak lagi saya umumkan, iaitu kita nak supaya dipercepatkan.

“Saya tak nak umum enam bulan, tujuh bulan tak selesai rakyat menunggu. Jadi saya tak mahu rakyat menunggu lama, mereka tengah susah, kita selesaikan kesusahan mereka. Jadi biarlah kita fokus kepada isu rakyat dulu sebelum isu-isu lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan berkenaan kepada 55 ketua isi rumah yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa, Alor Gajah berikutan banjir yang kembali melanda Melaka sejak Sabtu lepas.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Kamel Mohamad.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, pemberian Bantuan Wang Ihsan kini dipermudah dan diperluas kepada semua mangsa yang terjejas dengan bencana itu apabila rakyat yang terkesan tidak perlu mengisi terlalu banyak borang dan ia turut diberikan kepada mereka yang tidak berpindah ke PPS.

“Macam di sini (PPS SK Gangsa), saya difahamkan mereka (mangsa) tak perlu isi banyak borang-borang pun kerana nama mereka di pusat pemindahan tu dah ada, jadi gunakan nama tersebut untuk kita bayar (Bantuan Wang Ihsan). Kalau dah balik, itu macam dulu sampai tiga bulan, enam bulan baru selesai.

Ini terus kita bayar supaya memudahkan mangsa untuk mengurangkan bebanan mereka. Yang lain-lain tu mangsa yang tidak berpindah ke PPS, yang berpindah ke rumah saudara mara, kawan-kawan dan sebagainya mereka perlu melaporkan kepada pusat bencana daerah yang dipengerusikan oleh pegawai daerah,” katanya.

Ismail Sabri berkata, mangsa banjir perlu segera membuat laporan kepada pegawai di pejabat daerah dan berkata beliau difahamkan ada pejabat daerah yang melaksanakan pendaftaran mangsa banjir secara dalam talian dan diharap bantuan dapat segera disalurkan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau telah meluluskan sejumlah RM8 juta peruntukan bagi Projek Tebatan Banjir (RTB) di Melaka dan projek berkenaan akan dilaksanakan dengan segera bagi mengurangkan kesan banjir kepada penduduk jika ia berlaku lagi dalam masa terdekat.

“Saya dah lulus RM8 juta untuk (projek RTB) jangka pendek. Kalau boleh air dah surut ni kita boleh mulakan projek dengan segera,” katanya.

Terdahulu Perdana Menteri mendengar taklimat mengenai situasi banjir di negeri Melaka di kediaman rasmi Ketua Menteri.

Beliau meluangkan masa hampir sejam sebelum menyantuni mangsa banjir di PPS SK Gangsa dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Pengkalan Alor Gajah.

BWI selesai diagih hujung minggu ini – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Azad tanya KJ, beli peranti digital dekat Shopee ke?

Rita Rudaini pertahan KJ mengenai dos keempat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker