Dendam Lim Kit Siang Pada KP SPRM?

Oleh Nurul Aishah

LAMBAT laun rakyat akan dapat menghidu juga bahawa desakan dan asakan berterusan Lim Kit Siang dan pemimpin DAP yang lain terhadap SPRM bermotifkan dendam.

DAP bukan pejuang ketelusan seperti yang cuba digambarkan, jauh sekali sebagai pejuang rakyat. Semua tindak tanduk mereka penuh dengan kepentingan peribadi yang bermotifkan politik.

Rakyat Malaysia tahu bahawa ada banyak isu dalam SPRM yang perlu diberi lebih perhatian daripada isu Ketua Pengarah SPRM pernah memiliki saham bernilai sekitar RM600,000.

Oleh itu, apabila Lim Kit Siang dan Pemimpin DAP yang lain hanya fokus kepada menyerang Ketua Pengarah SPRM memiliki saham RM600,000 maka rakyat dapat mengesan bahawa serangan tersebut bermotifkan dendam dan peribadi.

Isu-isu lain berhubung SPRM, Lim Kit Siang dilihat masih tidak mahu dan tidak pernah ambil tahu.

Pada Okt 2021: Saksi utama SPRM berhubung kes rasuah Lim Guan Eng yang merupakan taikun syarikat disenarai tiba-tiba jatuh 17 tingkat sebulan sebelum dia dijadualkan untuk memberi keterangan dalam mahkamah, Lim Kit Siang SENYAP.

Pada Nov 2021: Kenyataan SPRM bahawa baki dana sebanyak RM65 juta (daripada jumlah dipercayai hampir RM700 juta) dibayar Jho Low dalam akaun suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia telah dikembalikan oleh Singapura ke Malaysia, Lim Kit Siang pun BISU.

Diikuti dengan pendedahan Tommy Thomas beberapa hari kemudian bahawa semasa dia menjadi Peguam Negara, dia telah lama tahu bahawa bekas Gabenor BNM dan suaminya memainkan peranan untuk memudahkan Jho Low tapi beliau tidak pernah ambil sebarang tindakan.

Sekali lagi, Lim Kit Siang buat bodoh saja walaupun menurut sumber, Lim Kit Siang yang berjanji bahawa Tommy akan dilantik sebagai Peguam Negara sekiranya PH menang PRU-14.

Pada Dis 2021: Dokumen 14 muka surat dipercayai kertas siasatan rahsia SPRM terbongkar yang menyatakan seorang bekas Menteri terlibat dalam SRC telah menerima dan menyorok RM85 juta dana berkait 1MDB dalam akaun proksi di Singapura, Lim Kit Siang BUAT-BUAT tidak nampak.

Tetapi Lim Kit Siang menyerang Ketua Pengarah SPRM secara berterusan berhubung isu pemilikan saham. Dendam sangatkah Lim Kit Siang pada Ketua Pengarah SPRM?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker