‘Desakan keluar wang KWSP perjudi masa depan pencarum’
JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim membidas desakan pemimpin UMNO untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperjudikan masa depan wang pencen pekerja swasta.
Beliau turut mengingatkan pemimpin UMNO tentang tindakan kerajaan terdahulu yang hampir menghancurkan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).
“Jika tidak ada skandal 1MDB (1Malaysia Development Berhad), negara akan ada wang untuk bantu rakyat akibat bencana banjir seperti yang berlaku sekarang. Adakah pemimpin UMNO sedar dan insaf hakikat itu?
“Dulu pemimpin UMNO juga yang hampir musnahkan KWAP kakitangan awam yang disimpan dalam KWAP.
“Sebanyak RM4 bilion wang pencen kakitangan sektor awam dipinjam oleh 1MDB. Lesap wang itu. Kerajaan juga yang terpaksa pikul beban dan bayar hutang itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut Hassan, sebanyak RM101 bilion wang KWSP telah dikeluarkan oleh pekerja melalui skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra menyebabkan hampir habis wang simpanan pekerja dalam KWSP.
“Tahukah pemimpin-pemimpin UMNO bahawa kira-kira enam juta pencarum KWSP atau hampir 50 peratus daripada mereka mempunyai baki simpan di KWSP tidak sampai RM10,000.
“Data dan statistik selalunya tidak berbohong. Sebanyak 79 peratus dari kalangan pencarum KWSP yang mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 adalah rakyat bumiputera,” katanya.
Justeru, beliau menyeru agar wang dan harta yang dilarikan oleh segelintir pemimpin seperti didedahkan menerusi Pandora Papers agar kembalikan kepada rakyat Malaysia.
“Jika ini dapat dilakukan maka tidak perlulah lagi para pekerja terpaksa keluarkan wang simpanan untuk hari tua mereka di KWSP,” katanya.
‘Desakan keluar wang KWSP perjudi masa depan pencarum’
Baca Artikel Menarik:
- Banjir: Sempat berpaut pokok, motosikal lesap
- Rombakan kabinet hanya spekulasi, tapi peringatan buat menteri – Sumber
- Ustaz Uwais Qorny catat Malaysia Book of Records
- Jual tanah beli ikan koi RM300,000
- Rosyam Nor, makin tua makin hebat
- Tan Cheng Hoe letak jawatan ketua jurulatih Harimau Malaya
- Khalid Samad kecewa ‘khemah besar pembangkang’ gagal libatkan UMNO
- Tangguh umrah, macam nak buat dosa
- Eyka Farhana kena kecam , pakai baju ‘tak cukup kain’
- Sharnaaz kena tempias kerana janggut suami Heliza
- Gred markah dinaikkan selepas pensyarah panggil ‘sayang’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mokhtar Senik dakwa ada arahan larang jemputnya
You must be logged in to post a comment.