MN antara Umno-PAS, bukan Umno-PN, Isham ingatkan Hadi

MN antara Umno-PAS, bukan Umno-PN, Isham ingatkan Hadi

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil berkata, Abdul Hadi Awang perlu jelas Piagam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai adalah antara Umno dan PAS, bukan Umno dan Perikatan Nasional (PN).

Beliau merujuk kenyataan Presiden PAS yang mendakwa majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno cenderung untuk terus bekerjasama dengan partinya di sebalik kedudukan PAS yang tetap mahu meneruskan hubungan baik dengan Bersatu.

Berikutan itu, Hadi “menasihatkan” ahli Umno mengikut keputusan dibuat MKT, bukannya pandangan pemimpin di peringkat bahagian.

“Saya difahamkan majoriti ahli MKT Umno (mahu) bekerjasama. Umno kena ikut pemimpin…majlis tertinggi dia, bukan bahagian-bahagian. Bahagian-bahagian ni akar umbi…itu lain cerita,” katanya selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang semalam.

Menegaskan perkara itu, Isham berkata, tidak akan ada rundingan pembahagian kerusi antara Umno dengan parti komponen PN, termasuk PAS menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Piagam MN adalah antara Umno dan PAS, bukan antara Umno dan PN.

“Jika PAS masih dalam PN dalam PRU15, maka tidak ada rundingan kerusi antara Umno dengan mereka (komponen PN termasuk PAS). Itu sahaja,” katanya di Facebook.

Tegasnya, tidak wajar Hadi menyentuh soal dalaman akar umbi Umno dan Umno bebas menentukan hala tujunya sendiri.

“Biar Umno tentukan hala tuju kami sendiri,” katanya. FMT

MN antara Umno-PAS, bukan Umno-PN, Isham ingatkan Hadi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker