IKEA Naikkan Harga Barang

IKEA Naikkan Harga Barang

MOSCOW: Gergasi barangan kelengkapan rumah, IKEA membuat keputusan untuk menaikkan harga barangannya sehingga kira-kira sembilan peratus di seluruh dunia.

Ia berikutan kesukaran yang dihadapi dari segi komoditi dan rantaian bekalan, demikian menurut pemiliknya, INGKA Holding.



“Harga akan meningkat di semua pasaran Ingka Group, mencerminkan perubahan keadaan ekonomi yang menjejaskan semua industri.

“Purata peningkatan di Ingka Group adalah kira-kira sembilan peratus di seluruh dunia, dengan variasi merangkumi negara dan liputan Ingka Group, mencerminkan tekanan inflasi di peringkat domestik, termasuk isu berkaitan komoditi dan rantaian bekalan,” kata INGKA dipetik sebagai berkata oleh Sputnik.

Menurut kenyataan akhbar itu, IKEA kebelakangan ini berdepan gangguan bahan mentah dan pengangkutan yang menyebabkan kenaikan kos, teruatama disebabkan oleh pandemik COVID-19.

“Malangnya, kini, buat pertama kali sejak kos lebih tinggi mula memberi kesan kepada ekonomi global, kami terpaksa memindahkan sebahahian kenaikan kos kepada pelanggan,” kata Pengurus Operasi Runcit di IKEA Retail, Tolga Oncu, dalam satu kenyataan, lapor Bernama.

Pengurusan syarikat itu percaya kenaikan harga akan membantu melindungi daya saing dan daya tahan IKEA.

Pada masa sama, eksekutif IKEA merancang untuk mengekalkan tahap mampu milik barangan yang dijual, dengan mengekalkan harga serendah yang mungkin.



IKEA diasaskan di Sweden pada 1943.

Syarikat itu menjual perabot yang dipasang sendiri, barangan dapur dan pelbagai perkakas rumah.

IKEA adalah peruncit perabot terbesar dunia sejak 2008.-DagangNews

IKEA Naikkan Harga Barang



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker