India, Pakistan kongsi senarai tapak nuklear

Sebaran :

NEW DELHI: India dan Pakistan pada Sabtu berkongsi senarai tapak nuklear seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian mereka, yang menghalang kedua-dua negara daripada menyerang tapak kemudahan nuklear masing-masing.

Senarai Pakistan diserahkan kepada wakil Suruhanjaya Tinggi India di Kementerian Luar Pakistan (MOFA) pada 10.30 pagi waktu Pakistan, dan Kementerian Luar India (MEA) di New Delhi menyerahkan senarai India kepada seorang pegawai Suruhanjaya Tinggi Pakistan pada pukul 11 pagi waktu India, menurut kenyataan MOFA.

Ia merupakan pertukaran tahunan berturut-turut ke-31 bagi senarai itu antara kedua-dua negara sejak pertama kali dilakukan pada 1 Januari 1992, kata MEA.

India dan Pakistan bukan sebahagian daripada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) dan menggunakan teknologi nuklear untuk tujuan ketenteraan dan awam.



Mereka sedang membina beberapa stesen janakuasa nuklear baharu untuk menambah beribu-ribu megawatt kapasiti dekad ini.

— BERNAMA

India, Pakistan kongsi senarai tapak nuklear


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mas Ermieyati ajak UMNO dan PAS ‘bertepuk amai-amai’ elak pertembungan 3 penjuru


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.