COVID-19: Peranti Digital Bukan Hanya Untuk Jemaah Umrah - KJ — MYKMU.NET

COVID-19: Peranti Digital Bukan Hanya Untuk Jemaah Umrah – KJ

Sebaran :

COVID-19: Peranti Digital Bukan Hanya Untuk Jemaah Umrah – KJ

Peranti pengawasan digital tidak hanya dipakai kepada jemaah umrah, sebaliknya kepada semua pengembara dari negara-negara berisiko yang pulang ke tanah air.

Justeru, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menegaskan, tidak timbul isu ‘pilih bulu’ terhadap pemakaian peranti tersebut.

“Bukan hanya mereka yang pulang dari umrah dikenakan pemakaian peranti pengawasan digital, tetapi pengembara negara luar seperti United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain, yang dalam senarai berisiko tinggi, juga tertakluk kepada arahan sama.
“Jadi tidak timbul soal hanya jemaah umrah sahaja yang dikenakan.

“Mungkin ada yang tanya kenapa jemaah umrah sahaja dikenakan untuk kuarantin wajib dan (sedangkan umrah) ditangguhkan? Sebab kalau kita tengok dari segi bilangan kes Omicron, hampir separuh adalah pengembara pulang dari Arab Saudi.



“Tetapi yang lebih membimbangkan adalah maklumat terkini iaitu daripada 996 ujian pertama, 750 (daripadanya) adalah jemaah umrah yang tiba dari Arab Saudi,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, KKM memaklumkan, pemakaian peranti pengesanan digital itu adalah untuk pengembara yang kembali dari 18 negara berisiko tinggi.

Ia meliputi UK, AS, Australia, Arab Saudi, Norway, Perancis, Denmark, India, Kanada dan Nigeria.

Selain itu, lapan negara baharu yang sekatan perjalanan sementaranya ditarik balik susulan peningkatan jangkitan Omicron melibatkan Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe serta Malawi.

Dalam perkembangan sama, Khairy berkata, kementerian akan memberi pilihan kepada jemaah umrah yang berkemampuan sekiranya mahu menanggung kos kuarantin di stesen atau hotel pilihan mereka dalam senarai yang ditetapkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).



Bagi yang tidak memilih untuk menanggung sendiri, beliau berkata, kerajaan akan menyediakan keperluan tersebut.

“Sebab itu kita memerlukan dua hari untuk untuk NADMA cari stesen kuarantin yang selesa untuk menempatkan mereka.

“Ini mungkin adalah fasiliti kerajaan yang telah digunakan sebelum ini untuk stesen kuarantin,” ujarnya.-AA

COVID-19: Peranti Digital Bukan Hanya Untuk Jemaah Umrah – KJ



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

 


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: