Rombakan Kabinet selepas tahun baru 2022?
SHAH ALAM – Cakap-cakap berhubung rombakan kabinet yang bakal dilakukan dalam masa terdekat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mula kedengaran.
Bagaimanapun, pihak berkaitan ketika dihubungi menafikan perkara itu dan menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui sejauh manakah kebenaran dakwaan tersebut.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengesahkan beliau tidak mengetahui mengenai laporan yang mendakwa Ismail Sabri akan membuat rombakan kabinet.
Menurut Ahli Parlimen Arau itu, isu mengenai rombakan Jemaah Menteri tersebut tidak pernah dibangkitkan atau dibincang buat masa ini.
“Saya tidak tahu (mengenai laporan akan berlaku rombakan kabinet) dan ia tidak pernah dibincangkan. Rombakan kabinet adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan sebuah portal berita pada Khamis bahawa Perdana Menteri bakal mengumumkan rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan utama itu pada Ogos lalu yang dikatakan mungkin akan berlaku seawal bulan depan.
Sementara itu, ditanya mengenai penerimaannya jika rombakan kabinet itu berlaku seperti didakwa, Shahidan berkata, beliau tidak mempunyai masalah jika perkara tersebut berlaku seperti didakwa.
Malah katanya, tiada sebab untuk dirinya ditukarkan kerana telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang menerajui kementeriannya itu.
“Pasal apa saya hendak kena tukar? Saya sudah bekerja dengan baik,” ujarnya.
Sementara itu, menteri dan timbalan menteri daripada Bersatu juga mengakui mereka tidak tahu tentang rombakan kabinet yang dikatakan akan diumumkan Perdana Menteri.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perkara itu tidak berada di bawah pengetahuannya.
Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Presiden Bersatu yakin dalam apa juga perkara, Perdana Menteri akan mengambil kira pandangan rakan-rakan dalam kerajaan.
“Saya berpandangan ketika ini tumpuan semua pemimpin mesti menjurus kepada membantu mangsa banjir.
“Perdana Menteri tentunya akan memastikan apa juga tindakan (sekarang) akan menjurus kepada perkara-perkara berkenaan dan akan mengambil kira pandangan rakan-rakan dalam kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid turut berkata, beliau tidak maklum mengenai rombakan kabinet.
Ditanya sama ada beliau bersedia jika rombakan kabinet benar-benar dilakukan dan ada perubahan portfolionya, katanya, semua keputusan terserah kepada Perdana Menteri.
Rombakan Kabinet selepas tahun baru 2022?
Baca Artikel Menarik:
- Lelaki anti Islam dikecam, buat origami pakai helaian al-Quran
- Gigit tukang cuci, Harimau Malaya ditembak mati
- Isu ‘rogol’, Fauzi Nawawi bawa diri ke Sabah, nama kena ‘reject’
- Noki tidak berbaju: Jual elemen sensasi demi trending?
- Tiada lagi pengeluaran KWSP – Tengku Zafrul
- Kisahnya…Baru Tahu Rupa-Rupanya Cecair Antiseptik Boleh Guna Untuk 4 Perkara Ini!
- Anak dedahkan ayah kena HIV kerana tiduri ramai lelaki (Video)
- Rombak kabinet, tukar menteri tidak efisien
- Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?
- Saya rapat dengan Zul Ariffin – Ruhainies
- Resepi Ayam Goreng Serai Thai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.