Sekolah sesak satu realiti tetapi tidak menyeluruh

SHAH ALAM: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Anismah M. Noh mengakui wujud isu kesesakan sekolah di kawasan membangun terutama taman perumahan baharu di negeri ini.

Kata beliau, pihaknya sudah mengambil maklum perkara itu yang dianggap sebagai realiti dihadapi ketika ini.

“Keadaan itu bagaimanapun tidak meliputi keseluruhan kawasan di Selangor.

“Kesesakan ini tertumpu pada kawasan yang sedang membangun dengan wujudnya taman-taman perumahan yang baharu dibina,” katanya semalam.

Jelas Anismah, apabila sesuatu projek perumahan dibuat, maka perlunya sekolah diwujudkan di kawasan tersebut.

“Kadangkala terdapat kekangan pemaju yang menjadikan proses pembinaan sekolah tidak mengikut pada jadual yang ditetapkan.

“Ia salah satu faktor mengapa wujudnya kesesakan sekolah di satu-satu kawasan tersebut,” jelasnya.

Utusan Malaysia sebelum ini mendedahkan keadaan sekolah di Lembah Klang khu­sus­nya di Selangor diibaratkan seperti ‘tin sardin’ kerana mempu­nyai antara 2,000 hingga 3,000 pelajar dalam dua sesi.

Masalah itu berlaku di hampir semua daerah di Selangor yang pesat menjadi kawasan penempatan baharu.

Empat buah sekolah dikenal pasti mempunyai jumlah pelajar yang ramai iaitu Sekolah Menengah (SMK) Kebangsaan Meru di Klang; SMK Saujana Utama, Sungai Buloh; SMK Jalan Kebun dan SMK Kota Kemuning di Shah Alam.

Tambah Anismah, lima sekolah baharu juga dijangka akan mula beroperasi pada tahun depan.

“Ia melibatkan SMK Saujana Putra, SJKC Bukit Fraser Kuala Langat, SMK Saujana Utama 2, SJKT Ijok dan SJKT PJS.Sekolah sesak satu realiti tetapi tidak menyeluruh

“Pembukaan sekolah baharu itu adalah mengikut perancangan selepas melihat keperluan dan penambahan penduduk setempat,” katanya. -UTUSAN

Sekolah sesak satu realiti tetapi tidak menyeluruh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker