Peter Anthony Sudah Banyak Kali Mahu Keluar WARISAN Sebab Banyak Kes Mahkamah

Oleh Nurul Aishah

MUNGKIN ramai yang tidak tahu bahawa Adun Melalap, Peter Anthony sudah beberapa kali menyatakan hasrat untuk keluar dari Parti Warisan memandangkan kes mahkamah beliau yang sangat banyak.

Akhirnya Peter mengumumkan keluar dari parti namun ironinya beliau turut menyatakan hasratnya menubuhkan sebuah parti baharu pula yang akan berkerjasama dengan Kerajaan Sabah di bawah pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).



Mengulas tindakan Peter keluar parti, Mohd Shafie berkata ia bukan suatu perkara yang mengejutkan kerana menurutnya Peter telah menyatakan hasratnya sebelum ini, bagaimanapun Ahli Parlimen Semporna itu menegaskan dakwaan Peter bahawa Warisan tersasar daripada perjuangannya adalah tidak benar.

Tindakan Peter menubuhkan parti tempatan pelbagai kaum dilihat bakal memecah-belahkan perpaduan rakyat di Sabah.

Pengumuman itu dibuatnya kira-kira dua minggu selepas Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur mengarahkannya membela diri terhadap pertuduhan menggunakan dokumen palsu berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrikal (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS), tujuh tahun lalu.

Shafie menyifatkan hasrat Peter untuk menubuhkan parti baru tempatan pelbagai kaum bercanggah dengan tindakannya ingin menyertai kerajaan negeri yang terdiri daripada parti nasional.



Adakah tindakan Peter tersebut turut didorong oleh desas desus bahawa Barisan Nasional (BN) dan WARISAN akan bergabung untuk membentuk kerajaan Baharu Sabah dalam masa terdekat?

Kes mahkamah yang Peter sedang hadapi bakal memburukkan keadaan maka beliau mengundurkan diri sebagai jalan penyelesaiannya. Namun tindakan Peter menubuhkan parti baru pula dilihat sebagai mempunyai agenda yang lain pula.

Nampaknya suhu politik Sabah semakin panas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September tahun lalu, Peter mempertahankan kerusi DUN Melalap setelah memperoleh 5,694 undi bagi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Jamawi Jaafar yang memperoleh hanya 3,526 undi.



Dia memang atas tiket Warisan dengan majoriti 1,719 undi dalam saingan enam penjuru.

Dengan perkembangan terbaru itu, Warisan kini hanya memiliki 18 kerusi di DUN Sabah, apabila sebelum ini tiga Adun yang terdiri daripada Hassan A Gani Pg Amir (Sebatik), Yusof Yacob (Sindumin) dan Mohammadin Ketapi (Segama) juga Ahli Parlimen Lahad Datu, bertindak keluar parti, manakala Manis Muka Mohd Darah (Bugaya) meninggal dunia tahun lalu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker