Long Tiger lolos: OCPD Tangkak berdepan tindakan tatatertib

Long Tiger lolos: OCPD Tangkak berdepan tindakan tatatertib

Ketua Polis Daerah (KPD) Tangkak bersama dua lagi pegawai berdepan tindakan tatatertib atas kesalahan kecuaian penyeliaan dalam penugasan sehingga menyebabkan Long Tiger lolos dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, pada 15 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan yang dibuka turut membabitkan dua pegawai iaitu Ketua Balai Polis dan seorang Inspektor.

“Jika sudah siap kertas siasatan tatatertib, kita akan hantar ke Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, untuk penilaian dan tindakan susulan.

“Di Johor, kita beri tumpuan khusus kepada aspek kebertanggungjawaban dan penyeliaan yang sepatutnya menyelia serta memeriksa lokap sama ada lokap di mahkamah atau lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau balai.

“Turut berdepan tindakan, seorang anggota polis berpangkat Koperal berusia 30 tahun dan seorang pegawai berpangkat Senior Asisten Komisioner yang terbabit dalam kecuaian menyebabkan kebocoran maklumat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana mendedah maklumat sulit yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara satu tahun atau denda RM1 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam perkembangan sama, pihaknya juga membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) ke atas bekas anggota polis yang juga pemilik akaun Facebook (FB) Jebat Derhaka.

Katanya, individu yang berasal dari Klang berusia 47 tahun itu dipercayai menularkan maklumat sulit atau gambar operasi yang diperoleh ke FB.

“Hentikan tindakan menyebarkan, jangan terlalu ghairah mahu menularkan benda yang boleh mengganggu operasi polis, ini akan menjejaskan operasi susulan pihak polis,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Long Tiger yang berjaya ditahan semalam didapati bersembunyi di rumah seorang pondan di Jalan Kuala Ketil, Kedah.

Pada masa sama, tular gambar menunjukkan beberapa anggota polis menahan Long Tiger di sebuah rumah dan hanya berseluar pendek berwarna putih.

Untuk rekod, Long Tiger meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak, Johor sebelum perbicaraan bermula pada 15 Disember lalu, jam 11.55 pagi.

Sejak kehilangannya, Long Tiger menjadi buruan polis selain peguam mewakilinya, Datuk Sharudin Ali turut menarik diri daripada mewakilinya.

Dua anggota polis turut ditahan tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan tahan itu melarikan diri. HM

Long Tiger lolos: OCPD Tangkak berdepan tindakan tatatertib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kamal tak kisah Uqasha peluk Michael Ang ke?

Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker