‘Larangan aktivis politik ajar agama demi pelihara kesucian Islam’
Adun Kota Anggerik, Najwan Halimi menyambut baik keputusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang melarang aktivis politik daripada mengajar agama Islam di negeri itu.
Katanya, keputusan itu wajar serta memberikan kelegaan kepada masyarakat khususnya umat Islam yang tidak mahu agama dicemari dengan fitnah dan dipergunakan untuk perpecahan.
“Keputusan ini juga diharap dapat mengekang budaya menyalahgunakan pentas dakwah di surau dan masjid demi tujuan politik pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
“Selaku Ahli Dewan Negeri Selangor, saya komited untuk membantu pihak Mais dalam ikhtiar memelihara kesucian dan kemuliaan agama Islam.
“Juga pada masa sama memperkasa fungsi serta peranan masjid dan surau di dalam kawasan Kota Anggerik bukan sahaja sebagai tempat ibadah dan penyebaran dakwah, bahkan sebagai pusat kegiatan kemasyarakatan merentasi bangsa, budaya dan ideologi politik,” katanya dalam kenyataan.
Semalam Mais mengumumkan semua tauliah mengajar yang sebelum ini diberikan aktivis politik di Selangor terbatal dan akan ditarik balik mulai 1 Jan.
Serentak dengan itu juga, tauliah untuk mengajar agama kepada individu yang terlibat aktif dalam politik juga tidak akan dikeluarkan lagi.
Pengerusi Mais Abdul Aziz Yusof, berkata keputusan itu bagi menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, agar Islam tidak dipolitikkan dan menjadi bahan politik oleh mana-mana pihak, terutama di masjid dan surau.
‘Larangan aktivis politik ajar agama demi pelihara kesucian Islam’
Baca Artikel Menarik:
- Lagu ciptaan Faizal dirakam semula bintang pop China
- Jebat JD, pegawai polis disiasat dedah maklumat tangkapan Long Tiger
- Banjir serentak mulai Jumaat ini dijangka di Pantai Timur
- Shahidan sindir yang minta i-Citra tak turun pun bantu
- Rider Terbang Dilanggar Honda CR-V (Video)
- Lelaki dikecam susahkan pengusung keranda (Video)
- Curi RM25 juta: Pegawai kanan SPRM ditahan di penjara
- Hugo Maradona meninggal dunia setahun selepas Diego
- Jual kereta terpakai dengan harga RM1
- Isteri Atu Zero Geram Servis AirAsia Teruk?
- Suri rumah dicabul dekat parkir kereta Tamarind Square
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabil sebak mangsa banjir ketuk cermin kereta kelaparan
You must be logged in to post a comment.