Dua beradik maut, terseret lapan meter

Dua beradik maut, terseret lapan meter

KEMAMAN: Dua beradik maut dan terseret kira-kira lapan meter selepas motosikal mereka bertembung dengan Perodua Myvi di Kilometer 170 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Cheneh, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Mohd. Faizal Shaari, 29, dan abangnya, Termizi, 37, meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta beberapa anggota badan.



Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika motosikal Yamaha Lagenda ditunggang dua beradik itu dalam perjalanan ke arah Jabor, di daerah sama.

“Bagaimanapun, motosikal ditunggang Mohd. Faizal tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar Perodua Myvi itu. Impak pelanggaran menyebabkan motosikal mangsa terjatuh di hadapan Perodua Myvi dengan dua beradik berkenaan terseret kira-kira lapan meter manakala kereta pula terjunam di kawasan cerun berumput,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hanyan berkata, pemandu dan penumpang Perodua Myvi yang masing-masing berusia 19 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

Katanya, mayat dua beradik itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Utusan



Dua beradik maut, terseret lapan meter


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Shila Amzah mangsa keganasan rumahtangga?



Damian pertahan tindakannya sambut Krismas



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker