Harimau Malaya tak gentar status Bahrain
PEMAIN pertahanan Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee berkata, para pemain negara akan berusaha melebihi 100 peratus untuk memburu mata menentang Bahrain pada perlawanan kedua Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023, malam esok.
Katanya, tidak kira siapa yang akan diturunkan pada aksi di Stadium Nasional di Bukit Jalil itu, setiap pemain yang kini sedang bersemangat perlu menanam azam memberikan segalanya tanpa rasa gentar, biarpun Bahrain merupakan pasukan lebih baik berdasarkan ranking dunia.
Jelasnya, pasukan negara juga perlu meneruskan permainan berpasukan yang baik, seperti ditampilkan ketika menewaskan Turkmenistan 3-1 pada aksi pembukaan kumpulan Rabu lalu, jika ingin meraih keputusan positif.
“Bagi kami, setiap perlawanan akan ada rasa tekanan, apa kami cuba buat adalah tidak memikirkan apa-apa perkara yang boleh jatuhkan motivasi kami sebab kita tahu tiada apa yang mustahil. Insya-ALLAH kami akan berikan terbaik nanti.
“Kita tahu Bahrain mempunyai pemain yang bagus, kita tidak boleh ambil mudah sebab kita ada pengalaman bermain dengan pasukan yang ranking lebih tinggi, jadi bagi saya tak mustahil dan kami cuba dapatkan keputusan positif,” katanya pada sidang media praperlawanan pada Jumaat.
Ahmad Khuzaimi bersama para pemain Harimau Malaya meraikan kejayaan menewaskan Turkmenistan pada aksi pembukaan kumpulan Kelayakan Piala Asia 2023, Rabu lalu.
Untuk rekod, dalam kedudukan ranking dunia, Malaysia berada jauh di kedudukan ke-154 berbanding Bahrain ke-89.
Sementara itu, pemain Negeri Sembilan FC tersebut yang sekadar memanaskan bangku simpanan pada aksi menentang Turkmenistan berkata, beliau teruja untuk membuat penampilan pada kempen kelayakan itu, dalam usaha membuktikan kemampuannya.
Sebagai rekod, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan Mei tahun lalu menyaksikan skuad tuan rumah yang diberi jolokan Dilmun’s Warriors menang 2-0 ke atas Malaysia, yang ketika itu dibimbing bekas ketua jurulatih Tan Cheng Hoe.
Malaysia dan Bahrain memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2023 dengan cemerlang, selepas menewaskan lawan masing-masing, Turkmenistan 3-1 dan Bangladesh 2-0 Rabu lepas, sekali gus berkongsi tiga mata di tangga teratas Kumpulan E.
Hanya juara kumpulan dan lima naib juara terbaik layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023, dengan penampilan terakhir Malaysia dalam kejohanan berprestij itu pada 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun sudah lebih 40 tahun skuad negara gagal mara secara merit sejak edisi 1980 di Kuwait. – Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zafrul teknokrat ke politikus?
- Khir Toyo akui PH masih kuat di Selangor
- Lelaki ditahan selepas aksi tagih dadah tular di Facebook
- Aku terima nikahnya dengan mas kahwin RM500 juta
- Salon umpan wanita seksi beroperasi tanpa lesen
- Pemuda Umno gesa tubuh tribunal khas siasat kes Mohd Nazlan
- Jatuh tingkat 21, wanita panjang umur hanya patah bahu
- Berenang Dalam Lombong Elak Kena Tangkap (Video)
- Pendakwah bebas tarik balik kenyataan roh berpindah jasad
- Kerajaan tumbang jika Zuraida digugurkan – Penganalisis
- Badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
- Waris penulis artikel asal Top Gun saman Paramount Pictures
- Lelaki tolak wanita ke landasan kereta api ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis