Sela masa dos penggalak Pfizer, AstraZeneca dipendekkan ke 3 bulan
Sela masa dos penggalak Pfizer, AstraZeneca dipendekkan ke 3 bulan
Sela masa bagi penerima vaksin primer Pfizer dan AstraZeneca Covid-19 akan dipendekkan kepada tiga bulan berbanding enam bulan sebelum ini, umum Kementerian Kesihatan hari ini, dalam langkah yang akan menyaksikan lebih ramai orang layak menerima suntikan penggalak bagi berdepan dengan kebangkitan gelombang Omicron yang sedang melanda negara.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan sedang meningkatkan pemberian suntikan dos penggalak dan akan mewujudkan semula pusat pemberian vaksin mega. Kebanyakan masyarakat dewasa Malaysia layak untuk suntikan penggalak dijangka menerima vaksin itu pada Januari dan Februari akan datang.
“Kita akan memberi temu janji kepada mereka yang layak berdasarkan keutamaan-keutamaan termasuklah mengikut turutan umur age deescalation, dan juga mengambil kira status kesihatan.
“Keutamaan diberikan kepada mereka yang ada komorbiditi dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, keutamaan dos penggalak diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.
“Ia kemudian diberikan kepada individu bermula daripada 50 tahun ke atas, 40 tahun ke atas, dan seterusnya 18 tahun ke atas.
“Kita akan buka lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) dan klinik kesihatan swasta bagi pemberian dos penggalak ini sama seperti Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini,” katanya.
Khairy berkata, hasil dapatan dan kajian klinikal mendapati tahap keberkesanan dos penggalak terhadap jangkitan Covid-19 adalah berkurangan dengan masa.
Menurutnya, ia dibuktikan menerusi hasil kajian oleh The Real-World Evaluation of Covid-19 Vaccines Under the Malaysia National Covid-19 Immunisation Programme (RECoVaM).
“Data terkini menunjukkan varian Omicron boleh menyebabkan peningkatan penularan jangkitan, kebolehupayaan pengikatan virus yang lebih tinggi dan kelolosan antibodi yang lebih tinggi daripada imuniti yang disebabkan oleh vaksin atau jangkitan semula jadi.
“Selain itu, bukti kukuh yang terkumpul sejak tiga minggu lalu menunjukkan vaksin penggalak berkemungkinan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan varian Omicron,” katanya.
Katanya, hasil kajian awal melibatkan 21 juta pemberian dos penggalak yang dijalankan di United Kingdom juga menunjukkan data keselamatan yang amat meyakinkan.
Justeru, kata beliau, badan Regulatori seperti di United Kingdom, Kanada dan Australia serta panel pakar kesihatan kini mengesyorkan sela masa bagi vaksinasi dos penggalak boleh diberi seawal tiga bulan selepas menerima vaksin utama. Mk
Sela masa dos penggalak Pfizer, AstraZeneca dipendekkan ke 3 bulan
Baca Artikel Menarik :
- Berlakon Bantu Mangsa Banjir, Sila Kembali Ke Hollywood – TMJ
- 2 ADUN Warisan keluar parti ikut langkah 3 ADUN sebelum ini
- Aksi rehat separuh masa pertama rentap nyawa pemain
- Majlis kahwin artis disiasat langgar SOP
- Taikun Cina rakan kongsi Mahathir – Najib
- Paru-paru Ebby Yus mungkin perlu ditebuk
- Kucing setia menunggu di pusara tuannya
- Tiada tindakan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM?
- Badrul Muhayat nafi melarikan anaknya
- KL Sentral Pasti Sunyi Tanpa Busking Dari Abang Meor, Pemergiannya Buat Ramai Sedih [VIDEO]
- Saya bukan sengaja memakai kostum Captain America bantu mangsa banjir
Layari Laman Facebook MYKMU</a