Bodohnya pemimpin ultra kiasu pertikai ‘PM tak hadir’ acara Krismas

Lecturer Ridhuan Tee Abdullah speaks during a special forum in Kuala Lumpur on April 25, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

 

KETIKA negara sedang bergelut masalah banjir dan tuding-menuding jari antara peranan kerajaan dan negeri, tiba-tiba Ahli Parlimen ultra kiasu mempertikaikan ketidakhadiran Perdana Menteri (PM) dalam acara Krismas tahunan, anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) dua hari lepas.

Ketiadaan Perdana Menteri atau wakilnya dalam acara tersebut dilihat mengecewakan malah tidak seiring konsep Keluarga Malaysia.

Kamu pergunakan konsep keluarga Malaysia untuk mendapat publisiti murahan!



Adakah Keluarga Malaysia bermaksud menghadiri acara perayaan? Gagasan Keluarga Malaysia jauh lebih besar daripada itu.

Apakah kamu ingat kerja PM dalam negara berbilang kaum adalah menghadiri acara keramaian atau acara perayaan, lebih-lebih lagi ketika musim banjir sebegini?

Ikut keutamaanlah. Mana yang wajib hadir, mana yang kurang keutamaannya.

Sekian lama jadi Ahli Parlimen, takkan masih bodoh dan jahil dalam memahami tugas seorang pemimpin bergelar PM dan menteri. Tidakkah ultra kiasu ini pernah menjadi menteri?



Kata ultra kiasu lagi, PM sepatutnya menyedari 9 peratus rakyat Malaysia adalah penganut Kristian. PM sebelum ini sentiasa hadir demi semangat perayaan

Hei! Seluruh rakyat sekarang ini sedang bersedih dan membantu mereka yang memerlukan. Kamu sambutlah dahulu. Bila PM ada kelapangan nanti pasti beliau akan pergi. Tidak perlu bandingkan dengan PM sekarang dengan PM sebelum ini. Mungkin ketika itu, tidak ada musibah melanda.

Jemputan hadiri acara perayaan boleh diterima jika tidak ada kerja yang lebih mendesak. Namun, jika ada kerja yang mendesak terutama ketika banjir, maka keutamaan melibatkan hidup mati rakyat perlu diberikan keutamaan. Namanya pun wakil rakyat. Tanpa PM, majlis sambutan Kristan tetap berjalan.

Saya tidak boleh bayangkan, katakan jika PM hadir acara perayaan tersebut, ultra kiasu akan manipulasikan isu dan tidak mustahil akan tularkan gambar PM, kononnya sedang bersukaria ketika rakyat dilanda sengsara.



Perkara ini sudah berlaku sebelum ini. Apakah kita sudah lupa insiden yang sama pernah menimpa bekas PM, Najib Razak pada sambutan acara yang sama tahun 2010?

Saya masih ingat lagi tulisan saya dalam sambutan Krismas, Disember 2010, bagaimana pemimpin ultra kiasu yang sama inilah yang memanipulasikan isu seperti ini.

Ketika itu heboh satu Malaysia, kononya pegawai-pegawai Najib Razak meminta agar simbol-simbol Krismas dialih dan tidak diadakan doa selamat ketika PM menghadiri majlis jamuan teh sempena sambutan Hari Krismas di rumah ketua paderi.

Ultra kiasu mensensasikan isu ini dan memaksa Najib Razak meminta maaf secara terbuka atas ‘arahan’ tersebut.



Saya mempertahankan Najib Razak, tidak ada keperluan permohonan maaf atas alasan, ia tidak ada kaitan langsung dengan tindakan untuk menghalang kebebasan beragama kecuali mereka yang ingin mendapatkan laba politik.

Pada saya, toleransi yang ditunjukkan oleh pemimpin negara selama ini terlalu tinggi, jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Berapa banyak cuti perayaan bukan Islam yang diberikan cuti umum? Bandingkan perayaan-perayaan Islam di negara bukan Islam, contohnya Singapura.

Bayangkan jika Perdana Menteri tidak berhati-hati dan terus pergi ke “rumah ibadah” tersebut, tiba-tiba muncul gambar Perdana Menteri bersama-sama lambang salib di atas kepalanya. Tidakkah nanti ia akan dipolitikkan?

Sebelum itu, nasib yang sama pernah menimpa pemimpin politik lain apabila lambang salib dijadikan isu untuk mengaibkan dan menjatuhnya.



Kali ini, tidak ada kaitan dengan isu lambang, tetapi lebih kepada hanya tidak hadir. Bukan sengaja tidak hadir, saya fikir.

Lagi pun, adalah menunjukkan semangat perpaduan dan keharmonian, ada banyak cara untuk menunjukkan rasa hormat terhadap agama lain tidak semestinya melalui jemputan rumah terbuka.

Saya fikir Langkah PM amat tepat jika tidak dapat hadir dalam sambutan tersebut.

Apakah tidak cukup lagi, PM sebelum ini sudah membuat ucapan Krismas di Facebooknya dengan meminta rakyat tidak melupakan mereka yang terkesan akibat banjir selain sentiasa mematuhi SOP untuk menjaga keselamatan.



Sebab itu, saya puji sifat pemimpin National Christian Evangelical Federation (NECF) yang menganjurkan acara itu berkata, Perdana Menteri tidak hadir mungkin terpaksa menangani banjir besar yang melanda. Itu adalah keutamaannya sekarang. Peliknya, bagaimana pemimpin ultra kiasu tidak nampak semua ini.

Sekian lama menjadi Ahli Parlimen dan pernah menjadi menteri, apakah ultra kiasu masih jahil tugas PM. Mari saya sekolahkan ultra kiasu agar tahu dan tidak jahil tugas PM.

PM adalah Penasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, dalam hal ehwal pentadbiran negara.

PM adalah Pengerusi Mesyuarat Kabinet membincangkan dasar-dasar negara
perancangan dan penyelaras dasar negara bersama-sama menteri.

PM mempunyai tanggungjawab besar membangunkan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat, dan banyak lagi tugas PM yang penting, terutama ketika negara dilanda bencana. Takkan PM dan Menteri mahu bersukaria.

Tidak ada langsung tercatat tugas PM adalah mesti menghadiri acara perayaan.

Selaku rakyat beragama Islam, saya tidak akan berkecil hati jika PM tidak dapat menghadiri acara sambutan Hari Raya suatu masa nanti, jika ada tugas yang lebih penting, seperti menguruskan bencana banjir dan seumpamanya. Lebih-lebih ketika musim pandemik dan endemik.

Hairannya, kenapa ultra kiasu ini begitu tergamak mempertikaikan ketidakhadiran PM dalam acara sambutan Krismas. Nampak sangat desperado.

Sudah tidak ada kerja lainkah ultra kiasu ini? Kalau tidak ada kerja lain, elok duduk di rumah dan minum sesudu minyak sawit.

Ingatan saya kepada pimpinan kerajaan hari ini, zaman sekarang penuh dengan fitnah dan mehnah. Berhati-hatilah. Buat kerja sebaiknya. Jangan sampai bagi peluang ultra kiasu untuk taburkan pelurunya, ‘tembak sana sini’.

Ada pemimpin ultra kiasu yang lain sampai sanggup tawarkan wang ringgit untuk mencari Menteri yang ‘hilang’ ketika banjir. Apa tujuan semua ini kalau bukan untuk mengaibkan dan menjatuhkan?

Berhati-hatilah. Malulah sikit kalau sampai PM terpaksa meminta Menteri, timbalan, dan wakil rakyat balik ke kawasan bantu rakyat terkesan banjir.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Bodohnya pemimpin ultra kiasu pertikai ‘PM tak hadir’ acara Krismas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Damian pertahan tindakannya sambut Krismas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker