Terence Gomez letak jawatan panel SPRM, bantah isu pegangan saham

Sebaran :

Terence Gomez letak jawatan panel SPRM, bantah isu pegangan saham

Pakar ekonomi, Edmund Terence Gomez, meletakkan jawatan sebagai ahli panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mendakwa panel itu gagal membincangkan suatu laporan yang mengaitkan pegawai SPRM.

Gomez berkata beliau sudah tiga kali menulis kepada Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM menggesa ia membincangkan perkara itu.

Surat berkenaan dialamatkan kepada pengerusi panel itu, Borhan Dollah.



Gomez ketika dihubungi berkata beliau sudah menghantar surat letak jawatan awal hari ini.

Katanya, timbul persoalan berhubung situasi “hubungan antara perniagaan dan pihak penguatkuasa” dan “konflik kepentingan” membabitkan pegawai tinggi SPRM dan dakwaan beliau memiliki saham.

Gomez berkata bekas pegawai SPRM juga didakwa terbabit dalam konflik kepentingan, sekaligus mencadangkan ada suatu trend di SPRM yang perlu disiasat segera. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL



Terence Gomez letak jawatan panel SPRM, bantah isu pegangan saham


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ibu Puteri Balqis tampil pertahankan anaknya

Nabila Huda berang dengan akak yang digelarnya bangsat


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *