DAP cari publisiti murah masa musibah banjir
DAP cari publisiti murah masa musibah banjir – Mohana
Tindakan segelintir pihak mencari publisiti murahan sambil mempolitikkan keadaan ketika rakyat bergelut dalam musibah banjir satu sikap yang tidak bertanggungjawab.
Itu luahan Ketua Wanita MIC, Datuk Mohana Muniandy dengan sikap ahli DAP yang cuba mencari ‘silap’ MIC bagi menyemarakkan kebencian rakyat.
“Seorang ahli DAP mengutuk MIC kerana ada kain rentang berkaitan misi bantuan banjir yang sedang dilaksanakan oleh MIC bukan sahaja di Lembah Klang seperti Taman Sri Muda Shah Alam atau Klang sebaliknya seluruh negara.
“Saya juga tidak faham bagaimana DAP pula meletakkan bendera di semua tempat banjir di sekitar Taman Sri Muda. Saya tidak faham dengan ahli DAP bernama Medaline Chang ini.
“Medaline, bukankah ramai yang letak kain rentang malah sukarelawan atau ahli politik serta orang perseorangan, syarikat korporat semuanya ambil gambar dan buat macam-macam untuk maklumkan kepada umum tentang usaha mereka?
“Bukankah DAP juga buat? Jadi apakah sebab anda menulis sedemikian untuk api-apikan rakyat kerana terlalu banyak tekanan, kesedihan, penderitaan dan duka? Adakah ini masa sesuai untuk kamu dan parti kamu cari publisiti murahan?
“Daripada kamu bercakap seperti ini lebih baik kamu turun padang dan buat apa yang perlu, lagi ramai yang tampil bantuan tanpa perbezaan dan idealogi politik adalah lebih kerana ramai lagi perlukan bantuan bukan berterusan berpolitik seperti ini, cukuplah,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.
Kata Mohana lagi, ketika ini keseluruhan jentera MIC sedang bertungkus lumus di semua lokasi banjir menyalurkan apa jua bantuan yang diperlukan oleh mangsa pada masa ini.
“DAP juga sebahagian daripada kerajaan negeri Selangor namun lebih berminat untuk berpolitik. Teruskan berpolitik sementara kami turun padang buat apa yang perlu.
“Ini juga punca mengapa pada dua PRN, prestasi DAP merosot, kerana kamu suka bercakap sahaja dan tidak berbuat apa-apa,” tegasnya. MG
DAP cari publisiti murah masa musibah banjir
Baca Artikel Menarik :
- Beri moratorium 6 bulan kepada mangsa banjir
- Nahas 10 maut: Pemandu lori mengaku tidak bersalah
- Apa fungsi NADMA semasa banjir?
- Mydin halalkan barang dicuri ketika banjir
- MLM2021: Tiro sememangnya layak bergelar juara
- Tips pulihkan barangan elekrik tenggelam banjir
- MAHB ucap takziah kehilangan pegawai, pengantin baharu dijumpai lemas
- Lepas kantoi curang, suami lafaz cerai
- Puteri Balqis okay ke tu?
- Hubungan intim, kahwin tanpa kebenaran, 3 anggota polis disiasat
- Jangan marah Penyelamat, banjir berlaku serentak di banyak kawasan
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Muak menunggu NADMA, ATM turun bantu mangsa banjir