PKPB di Kedah, Melaka, Johor, Terengganu ditamatkan kecuali beberapa daerah

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri-negeri Kedah, Melaka, Johor dan Terengganu mulai esok (21 November 2020).

Bagaimanapun, menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beberapa daerah masih diletakkan di bawah PKPB iaiitu Kulim di Kedah, dan Mersing serta Kota Tinggi di Johor.





Dalam pada itu, seluruh negeri Kelantan dikenakan PKPB selama dua minggu mulai 21 November sehingga 6 Disember 2020 susulan peningkatan kes direkodkan.

Susulan peningkatan kes Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan selama dua minggu bermula esok 21 November, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk menarik balik PKPB di Melaka dan Terengganu.



Turut ditamatkan mulai esok adalah PKPB di Kedah, kecuali bagi daerah Kulim. Begitu juga di Johor, PKPB ditamatkan kecuali di daerah Kota Tinggi dan Mersing.

Sebelum ini, semua negeri di Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan diletakkan di bawah PKPB . Sebahagian besar Sarawak juga dikecualikan dari PKPB selain Kuching.

Ismail Sabri juga memaklumkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Anjung Teduh Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah tamat hari ini.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker