Bank Islam, bank pertama tawar Bantuan Prihatin Banjir
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menawarkan Bantuan Prihatin Banjir untuk membantu para pelanggan pembiayaan yang terjejas.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BIMB, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, di bawah inisiatif tersebut, pelanggan yang mempunyai kemudahan pembiayaan BIMB boleh memohon bantuan kewangan untuk tempoh sehingga enam bulan terhadap komitmen bulanan mereka.
Selain itu, bank juga tidak akan mengenakan sebarang bayaran bagi penggantian kad ATM dan debit serta buku cek yang rosak atau hilang ekoran bencana yang berlaku.
“Kami sentiasa mengikuti perkembangan di seluruh kawasan yang terjejas. Kami prihatin akan kesukaran yang dialami pelanggan dalam menghadapi situasi semasa, terutamanya keadaan banjir yang buruk, kejadian tanah runtuh dan lain-lain yang berkaitan, khasnya ketika pandemik Covid-19 masih melanda negara,” katanya dalam kenyataan.
Tambah Mohd. Muazzam, Bantuan Prihatin Banjir ini diharap dapat melegakan kebimbangan pelanggan terhadap komitmen kewangan mereka dalam mendepani situasi yang mencabar ini.
Permohonan bantuan tersebut boleh dibuat di cawangan BIMB berhampiran dan pelanggan yang memerlukan bantuan dapat berbincang dengan pihak bank untuk membuat pilihan bantuan pembiayaan yang mereka perlukan.
Bank Islam, bank pertama tawar Bantuan Prihatin Banjir
Baca Artikel Menarik:
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.