UMNO Selangor sokong Perdana Menteri hingga habis penggal 2023

KUALA SELANGOR: UMNO Bahagian Tanjong Karang menyokong penuh kepimpinan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia hingga habis penggal pada tahun 2023.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, usul tersebut adalah senada dengan ketetapan UMNO Selangor semasa mesyuarat yang beliau  pengerusikan 15 Disember lalu.

“Mesyuarat Perhubungan UMNO Selangor yang Rabu lalu membuat ketetapan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.



“Pada mesyuarat itu juga 22 UMNO Bahagian di Selangor menyokong supaya Muafakat Nasional (MN) di negeri ini diteruskan. Kita juga meminta wakil-wakil PAS untuk hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Jalan Sungai Kajang Lama hari ini

Selain usul menyokong Perdana Menteri, Noh berkata, isu kenaikan harga barang dan input-input pertanian sejak kebelakangan ini menjadi usul yang akan dibahaskan pada mesyuarat tersebut.

Katanya lagi, masalah kenaikan harga input-input pertanian adalah isu yang besar di parlimen tersebut.



“Isu kenaikan harga barang dan hal berkaitan pertanian amat rapat dengan penduduk di Tanjong Karang sebagai kawasan pertanian di negeri ini.

“Walaupun saya tahu Kerajaan Persekutuan telah mengambil tindakan tetapi sebagai menyampaikan hasrat dan suara rakyat di akar umbi maka usul ini dipersetujui untuk dibahaskan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain Noh berkata, beliau mengucapkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang melantik dirinya sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi negeri ini. -UTUSAN ONLINE

UMNO Selangor sokong Perdana Menteri hingga habis penggal 2023




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


39 peratus keluar mengundi setakat 12 tengahari



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker