Patutlah Kambing Tidak Mengembek, Rupanya Dah Ditelan Si Batik Gergasi

Patutlah Kambing Tidak Mengembek, Rupanya Dah Ditelan Si Batik Gergasi

SETIU: Seorang penternak tidak menyangka suasana suram kerana kambingnya berhenti mengembek merupakan petanda seekor daripada haiwan peliharaannya itu telah ditelan ular sawa batik ‘gergasi’.

Kehadiran reptilia itu disedari seorang penternak, Zawiyah Senik, 54 ketika ke kandang kambing berhampiran kediaman di Kampung Merang, di sini untuk memberi makan dedak kira-kira jam 11.45 pagi pada Khamis.

bangnya, Abd Aziz Senik, 61, berkata, adiknya yang terkejut dengan penemuan itu segera memanggilnya sebaik melihat haiwan seberat 100 kilogram itu berlingkar kekenyangan di dalam kandang.

“Semalam (Khamis) cuaca hujan dari pagi hingga tengahari. Adik saya agak lewat ke kandang kambing untuk beri makan.

“Hairan juga kerana biasanya kambing peliharaanya akan mengembek apabila tiba waktu makan pada waktu tengah hari.

“Keadaan juga agak berbeza kerana kebanyakan kambing tidak mengeluarkan bunyi seolah-olah ketakutan.

“Salah seekor daripadanya iaitu ibu kambing beranak dua yang buta mata sebelah kiri pula tidak kelihatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Menurut Abd Aziz, ular itu dipercayai telah menelan ibu kambing berkenaan pada sebelah malam berdasarkan kedudukan kambing yang berada pada bahagian tengah perutnya.

“Saya anggarkan kejadian ini berlaku sebelah malam kerana biasanya seekor ular akan mengambil masa yang agak lama untuk menelan kesemua mangsanya.

“Lagipun kambing yang dimakan itu buta sebelah mata dan tidak berupaya melihat kehadiran haiwan pemangsa itu sebelum dibelit dan ditelan,” katanya.

Abd Aziz berkata, kali terakhir kediaman itu ‘dikunjungi’ ular sawa batik kira-kira lima tahun lalu yang membaham ayam di dalam reban.

Sementara itu, Pegawai Operasi Skuad Delta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Terengganu/ Kuala Nerus, Lt M (PA) Norulhaida Md Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan ular itu sekitar jam 11.55 pagi.

“Seramai tiga anggota APM tiba dilokasi kejadian pada jam 12.30 tengah hari dan ular berkenaan berjaya ditangkap dan dibawa ke lori APM setengah jam kemudian.

“Ular sawa seberat 100kg dan panjang 6 meter itu dibawa ke APM Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut,” katanya.-SH

Patutlah Kambing Tidak Mengembek, Rupanya Dah Ditelan Si Batik Gergasi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker