Rakyat Minta Naikkan i-Citra ke RM10k Bukan Minta Didenda RM100k

Oleh Nurul Aisyah

JAWATAN yang Berhormat disandang oleh para Menteri adalah atas kapasiti untuk menjaga kebajikan rakyat. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian maka sila letak jawatan dan serahkan jawatan tersebut kepada mereka yang lebih layak.

Semalam gempar dengan isu had maksimum denda individu langgar Standard Operating Procedure (SOP) Covid-19 dinaikkan dari RM1,000 (atau RM10,000 ketika darurat) kepada RM100,000 dan 7 tahun penjara. Had maksimum denda korporat langgar SOP pula dinaikkan dari RM50,000 ke RM2 juta.



Semua pihak tahu bahawa serangan Covid-19 membuatkan rakyat sengsara terutama dari segi ekonomi. Oleh itu, kita sangat musykil bagaimana pihak terbabit boleh memberi saranan kenaikan denda yang melampau dan sangat tinggi tersebut. Ini baru dinamakan “National Embarrassment”.

Tekanan ekonomi terhadap kehidupan menjadi punca rakyat merayu minta dinaikkan pengeluaran i-Citra duit mereka sendiri ke RM10,000 bagi kali terakhir bagi mengurangkan bebanan dan merancang kehidupan dengan lebih baik. Yang pasti, rakyat tidak minta didenda RM100,000 berulang kali atas sebab terlupa memakai “face mask”.

Sikap “double standard” pihak berkuasa yang hanya mengenakan denda RM1,000 terhadap program kerajaan minggu lepas telah pun menaikkan kemarahan rakyat memandangkan ramai lagi pihak yang didenda dengan nilaian jauh lebih tinggi termasuk acara BN (RM20k) dan acara Najib (RM20k).

Datuk Seri Najib lupa “scan” MySejahtera pun didenda RM3,000. Malah kedai nasi ayam terbabit turut dikenakan denda RM10,000 atas alasan tidak pastikan DS Najib “scan” MySejahtera.



Oleh itu, kerajaan diminta meneliti semula jumlah denda maksimum sehingga RM10,000 bagi individu yang melanggar SOP Covid-19 kerana ia “sangat tidak munasabah”. Pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) itu juga tidak menyatakan garis panduan untuk mengeluarkan kompaun. Perkara ini boleh mengundang manipulasi dan ketidak adilan kepada ramai pihak.

Tindakan menghukum individu yang melanggar SOP seperti gagal memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal sehingga denda maksimum RM 10,000 atau penjara untuk tempoh maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya adalah sangat tidak munasabah.

Alasan Ketua Pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah) bahawa perkara ini sedang diperhalusi dan akan dimuktamadkan selepas undang-undang itu diluluskan adalah tidak menepati objektif pindaan ini. Tiada undang-undang wajar diluluskan tanpa segala maklumat dan perincian jelas untuk pertimbangan ahli legislatif. Ianya secara tidak langsung menunjukkan ketidaksediaan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merangka pindaan tersebut.

Di bawah pindaan Seksyen 25 Akta 342, KKM mencadangkan nilai kompaun dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1 juta bagi sesuatu pertubuhan perbadanan, manakala bagi kesalahan individu pula akan ditentukan suatu jumlah yang tidak melebihi RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker